suria

Hasil kerja keras, Sissy Imann akhirnya berjaya miliki kediaman sendiri... Kondominium ‘low density’ ada parking depan rumah

Sissy bersyukur akhirnya memiliki kediaman sendiri.

BERKAT usaha dan pengorbanan, penyanyi Sissy Imann akhirnya berjaya memiliki rumah pertama hasil kerja kerasnya sebagai anak seni.

Meskipun rumah yang dibeli bukanlah sebuah kediaman mewah, Sissy atau Sissy Imann Mohammad Kamil, 31, berkata dia tetap berbangga kerana segala pencapaian itu diperoleh dengan usaha sendiri.

"Saya nak raikan kemenangan-kemenangan kecil, walaupun pada mata orang lain ia nampak biasa je. Jadi nak kongsi sikit dengan korang.

"Pada tahun 2024, sebelum saya jumpa suami saya pun, saya dah beli sebuah rumah. Hari ni rumah tu dah siap dan saya dah terima kunci.

Sissy teruja menerima kunci rumah baharu.

"Bukan banglo pun korang, cuma condo je tapi best sikit sebab low density dan parking betul-betul depan rumah, tak perlu naik lif. Semua ni hasil titik peluh saya sendiri. Alhamdulillah," katanya. 

Sissy berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

Dalam pada itu, Sissy mengakui dia kini lebih menghargai setiap kejayaan kecil dalam hidup berbanding terlalu memikirkan pencapaian orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Sissy Imann selamat bergelar isteri dengan satu lafaz, tiga cincin berlian dan nombor plat ‘SIS5795’ jadi tumpuan

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil wuduk sebelum mekap cara Sissy Imann jaga solat, tiada masalah jika MUA perlu solek semula

Menurutnya, sebagai artis indie yang bekerja sendiri, perjalanan membina kerjaya bukanlah mudah apatah lagi pendapatan yang tidak menentu.

"Kadang-kadang kita terlalu sibuk tengok apa yang ada dalam periuk orang lain sampai terlupa tengok apa yang Allah dah isi dalam periuk kita setiap hari.

"Tambah pula kerja freelance sebagai artis yang bukan popular, job tak menentu, indie pula tu. Mak ayah sendiri jadi manager sebab belum mampu nak bayar orang lain.

"Dalam masa sambung belajar pun masih boleh beli rumah sendiri, kira okay la tu kan?" ujarnya. 

Sissy berjaya memiliki kediaman hasil titik peluh sendiri.

Sementara itu, Sissy turut mendedahkan pencapaiannya membeli kereta pertama lima tahun lalu bukanlah sesuatu yang boleh dibangga dan diraikan.

"Lima tahun lepas saya beli kereta pertama, sebuah Nissan Serena. Saya simpan sendiri saja tak pernah cerita dekat orang. Dengan kawan rapat pun saya tak pernah beritahu sebab rasa macam ia tak cukup besar. 

"Iyalah Serena saja pun, bukan Alphard atau Vellfire. Lama juga saya rasa yang perjalanan hidup saya ni terlalu perlahan, terlalu kecil, dan tak layak untuk diraikan.

"Walaupun banyak benda susah yang saya dah lalui, saya selalu anggap macam semua tu tak penting pun," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

 

Artikel Lain