PENYANYI Sissy Imann selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Dr. Zamir Hilman Hamzah, dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada jam 9 pagi.Majlis dimulakan dengan acara pertunangan yang berlangsung ringkas, menyaksikan satu dulang hantaran daripada pihak lelaki dibalas tiga dulang daripada pihak perempuan. Sissy atau Sissy Imann Mohammad Kamil, 30, turut menerima tiga bentuk cincin berlian sebagai tanda ikatan rasmi sebelum pasangan itu melangkah ke upacara akad nikah.Sissy dan Dr. Zamir bersama ibu bapa mereka.Sissy kemudian dinikahkan sendiri oleh bapanya, Mohammad Kamil Mustaffa, disaksikan ahli keluarga terdekat serta kenalan rapat kedua-dua mempelai.Sebagai mas kahwin, penyanyi itu menerima seutas gelang emas bernilai RM6,840. Bagi hantaran pula, Sissy memberikan tiga dulang dan dibalas lima dulang daripada pihak lelaki.Antara hantaran yang paling mencuri perhatian adalah nombor plat khas ‘SIS5795’, gabungan nama Sissy dan tahun kelahirannya, 1995. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sissy Imann umum bakal nikah dengan doktor, kenal ketika jadi pesakit ARTIKEL BERKAITAN: Netizen dakwa Sissy Imann dah jumpa cinta hati, foto cincin di jari manis undang teka-teki… “Permulaan sesuatu yang baharu”Namun, jenis kenderaan yang bakal menggunakan nombor plat itu dirahsiakan.Turut menarik perhatian adalah hadiah percutian bulan madu ke Rome, Italy, yang dianggap simbol permulaan hidup baharu buat pasangan pengantin. Jumlah wang hantaran pula tidak didedahkan atas permintaan keluarga.Antara hantaran buat Sissy yang menjadi perhatian.Mengimbas kembali detik perkenalan, kisah cinta mereka bermula secara tidak sengaja apabila Dr. Zamir, 41, merupakan doktor yang merawat Sissy ketika penyanyi itu mendapatkan rawatan pada awal tahun ini.Ketika itu, Dr. Zamir tidak mengenali siapa Sissy kerana jarang menonton televisyen dan tidak mengikuti perkembangan dunia hiburan. Hubungan mereka pada awalnya sekadar doktor dan pesakit sebelum perlahan-lahan berkembang menjadi persahabatan dan akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!