PERNIKAHAN pelakon dan penyanyi Erra Fazira bersama pasangannya, Ezwan Zain, yang berlangsung pagi Jumaat nyata menjadi perhatian ramai.Majlis penuh bermakna itu bukan sahaja dinantikan peminat, malah ada yang menggelarkannya sebagai wedding of the year memandangkan Erra sudah hampir 10 tahun hidup ‘solo’. Lebih mencuri tumpuan apabila Ezwan menyerahkan mas kahwin dalam bentuk ‘sepohon’ bunga emas bernilai 24 dinar buat Erra. Malah cincin pernikahan yang difahamkan berharga RM80,000 juga salah satu tumpuan ramai pada majlis berkenaan. Majlis pernikahan Erra mendapat perhatian ramai. Meluahkan rasa syukur majlis berjalan lancar, Erra atau Fazira Wan Chek, 51, memberitahu segala persiapan tidak dilakukan secara berlebihan. “Kalau wedding of the year di mata peminat, terima kasih kepada Ezwan kerana merealisasikan. Setiap saat dalam kepala dia hanya fikir nak siapkan majlis ini. “Masing-masing bergerak ikut kemampuan dan tidak berlebih-lebih. Harga sesedap rasa,” katanya kepada mStar. Tambahnya majlis yang berlangsung di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor itu hampir keseluruhannya dirancang oleh suami. ARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira sah bergelar isteri Mr E, terima mas kahwin ‘sepohon’ emasARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira buat kelainan untuk majlis nikah, letak semua hadiah hantaran dalam satu talam“Saya pun pernah berkahwin sebelum ini dan semuanya saya terbabit. Tetapi kali ini hampir 95 peratus semuanya diuruskan Ezwan,” ujarnya. Sementara itu, Ezwan atau Mohamad Ezwan Mohamad Zain, 44, berkata majlis ini juga menjadi kejutan buat isteri tercinta. “Ya, kebanyakan yang berlangsung hari ini adalah satu kejutan buat Erra. Erra dan suami sah bernikah pada Jumaat. “Mas kahwin pun saya rancang untuk beri dalam bentuk bunga emas. Erra memang tidak tahu. Cuma sehari sebelum majlis ada rehearsal barulah dia tahu,” jelasnya. Erra dan Ezwan sah bergelar pasangan suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang berlangsung pada pagi Jumaat. Ezwan menyerahkan mas kahwin sebanyak 24 keping dinar emas yang dianggarkan berjumlah lebih RM200,000.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!