suria

[V] Erra Fazira sah bergelar isteri Mr E, terima mas kahwin ‘sepohon’ emas

PELAKON dan penyanyi Erra Fazira sah bergelar isteri kepada usahawan Ezwan Zain dengan sekali lafaz pada Jumaat sekitar pukul 9.19 pagi. 

Majlis penyatuan pasangan ini berlangsung di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor.

Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor, Mohd Sabirin Noordin.

Pengantin masuk diiringi anak masing-masing. 

Pada majlis berkenaan, Erra atau Fazira Wan Chek, 51, menerima mas kahwin ‘sepohon’ bunga emas berjumlah 24 dinar. 

Kedua-dua pihak menyerahkan barang hantaran dalam sebuah talam berisi aksesori serta kelengkapan peribadi seperti beg tangan, wangian dan set barang kemas. 

Antara yang menarik perhatian adalah sebentuk cincin berlian bernilai RM80,000. 

Dengan bertemakan serba putih, Erra anggun mengenakan busana rekaan Rizman Ruzaini berwarna biru muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira buat kelainan untuk majlis nikah, letak semua hadiah hantaran dalam satu talam

ARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira kongsi detik awal bercinta dengan Ezwan Zain, bergayut telefon enam jam

Kedua-dua mempelai masuk ke ruangan pernikahan diiringi anak gadis masing-masing hasil perkahwinan terdahulu. 

Majlis diadakan secara tertutup yang dihadiri kira-kira 300 orang tetamu terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat serta jemputan media. 

Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Erra. 

Dia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 namun mereka sah berpisah pada 18 Februari 2014. 

Majlis pernikahan berlangsung dengan penuh tenang. 

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun. 

Erra juga pernah berkahwin dengan penyanyi dan komposer Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun bercerai pada 2006.

Sementara itu Ezwan atau Mohamad Ezwan Mohamad Zain, 44, dikurniakan seorang cahaya hasil perkahwinan terdahulu yang juga kini berusia 16 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain