suria

Nubhan digelar ‘gila’, Dr Afifah berang bibik cium anak lelaki di bibir… “Walaupun pernah jaga dari kecil tetap tak boleh diterima”

Dr Afifah kurang senang dengan tindakan pembantu rumah.

BEKAS isteri kepada penyanyi Nubhan meluahkan rasa kurang senang apabila anak lelakinya yang sedang sakit dicium oleh pembantu rumah. 

Kata Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, perbuatan itu tidak boleh diterima apatah lagi anaknya kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital akibat jangkitan kuman pada paru-paru. 

"Bekas suami buat kejutan melawat anak di hospital. Tetapi dia bawa sekali pembantu rumah bersamanya dan dia cium anak saya di bibir tanpa memakai pelitup muka. 

Perkongsian Dr Afifah di Threads. 

"Saya sangka hari menjadi lebih baik, rupanya jadi pahit," katanya. 

Dr Afifah berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran yang laman Threads miliknya pada Khamis. 

Malah dia juga turut mempersoalkan Nubhan yang seakan-akan tidak menghalang wanita itu bertindak sedemikian. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nubhan, Dr Fie sah cerai talak dua, 10 tahun mahligai dibina musnah 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Ramai ibu tunggal mampu bertahan, saya akan cuba belajar perlahan-lahan” - Dr Fie 

"Bekas suami sikit pun tak halang. Tolong tanya Nubhan kenapa maid dia macam itu. 

"Tiba-tiba dia masuk terus cium peluk anak. Kau siapa! Walaupun pernah jaga Affan dari kecil tetapi ini tidak boleh diterima," ujarnya. 

Menerima banyak komen balas, Dr Afifah juga meminta pengikut di media sosial untuk menyampaikan rasa kurang senang itu kepada Nubhan. 

Dr Afifah turut mempersoalkan tindakan Nubhan. 

Dia juga secara terbuka menggelarkan suaminya 'gila'. 

"Saya rasa bekas suami gila," tulisnya pada ruangan komen. 

Dr Afifah dan Nubhan sah bercerai dengan talak kedua pada 2 Disember lalu. 

Mereka mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Affan, 6, serta Afzan Nayille, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain