suria

Allan Andersn pernah tinggal 40 sen dalam bank, dua minggu makan mi segera... "Saya bukan jenis suka menjual cerita sedih"

Lagu Rindu bawa tuah buat Allan.

PENYANYI Allan Andersn mendedahkan pernah melalui fasa sukar dalam hidupnya ketika sedang menyiapkan lagu Rindu sehingga duit simpanan hanya berbaki 40 sen di dalam akaun bank.

Berkongsi pengalaman itu, Allan berkata, dia bukan individu yang gemar menjaja kesusahan tetapi situasi berkenaan begitu meninggalkan kesan sehingga sukar dilupakan.

“Saya jarang bercerita tentang kesulitan hidup di Instagram kerana bukan jenis yang suka menjual cerita sedih.

Allan pernah makan mi segera sahaja selama dua minggu.

“Tapi saya ingat waktu terbitkan lagu Rindu, duit saya di bank selepas bayar kos buat lagu hanya tinggal 1,600 rupiah, bersamaan 40 sen saja.

“Selama dua minggu saya hanya makan mi segera sehingga diserang gastrik. Waktu itu hanya saya yang tahu betapa susahnya keadaan yang terpaksa dilalui,” katanya kepada mStar.

Allan ditemui pada sidang media drama Setiaku Berdiri yang berlangsung di Paxtonz by Byon, Damansara, Selangor pada Khamis.

Mengimbas detik perit itu, kata Allan, dia terus cekal berkarya walaupun lagu tersebut pada awal pelancarannya tidak mendapat sambutan.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Senafas’ dedah sisi baharu Allan Andersn, kali pertama serah diri pada komposer Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: “Lagu Malaysia tinggi macam KLCC!” – Allan Andersn gementar nyanyi karya komposer tempatan

Namun rezeki tidak pernah tersilap alamat apabila Allan tiba-tiba mendapat tawaran bekerja di Surabaya.

“Memang masa itu tiada duit dan lagu Rindu pun susah sangat nak naik. Bayangkan sebulan hanya 10,000 kali distrim.

“Saya dapat tawaran kerja di Surabaya dan bila dapat deposit saja, saya terus pergi makan stik,” ujarnya.

Tambah Allan, perjalanan kariernya berubah selepas video kandungan yang dirakam di lapangan terbang menggunakan lagu Rindu mula tular di media sosial.

Lagu Rindu tersenarai dalam Billboard Top 10 Indonesia.

Sejak daripada itu, kerjaya seninya menunjukkan perkembangan positif sehingga membuka peluang untuknya melebarkan sayap ke Malaysia.

“Selepas persembahan di sana, saya rakam content di lapangan terbang Surabaya sebelum ke Bali guna lagu Rindu.

“Sampai saja di Bali, saya dapat banyak notifikasi orang guna lagu itu dan tiba-tiba saja lagu tersebut viral.

“Saya tak sangka ia sampai masuk Billboard Top 10 Indonesia. Kemudian saya bertemu pengurus dari Malaysia dan sejak itu, rezeki saya makin baik,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain