suria

Kurang masa dengan anak, Fasha Sandha terfikir mahu berhenti berlakon

Fasha berat hati meninggalkan anak untuk bekerja.

SEBAGAI selebriti yang sibuk dengan jadual kerja, pelakon Fasha Sandha terpaksa akur apabila kurang masa diluangkan bersama keluarga.

Kata Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 41, dia juga pernah terfikir untuk menamatkan kerjaya dalam dunia seni disebabkan perkara itu.

Namun minat yang mendalam terhadap dunia lakonan membuatkan dia terus bertahan.

Fasha cuba memujuk Aisha. 

"Kadang-kadang rasa nak berhenti berlakon sebab masa memang tidak cukup. Tetapi ini adalah minat saya," katanya.

Fasha berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis.

Menerusi video yang dikongsi, kelihatan anaknya, Aisha Amaira, menangis enggan melepaskan pelakon itu sebelum pergi bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tidak pernah unfollow sesiapa kerana itu bukan budaya saya” - Fasha Sandha 

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai nak ‘unfollow’ Fasha Sandha sebab pergi majlis resepsi Fattah Amin, Amira Othman... “Menghadiri majlis adalah wajib, kecuali jika uzur”

Fasha kemudian cuba memujuk Aisha yang perlu hadir ke sesi persekolahan.

Meluahkan rasa bersalah, Fasha juga berharap dia dapat meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak.

"Ibu minta maaf kerana terlalu banyak bekerja. Ibu harap dapat luangkan masa bersama awak.

Fasha akur denga jadual kerja yang padat. 

"Inilah akibat selalu keluar Subuh, anak masih tidur dan balik tengah malam dan anak sudah tidur," ujarnya.

Aisha merupakan anak hasil perkahwinan Fasha bersama aktor Aidil Aziz.

Fasha juga memiliki dua orang cahaya mata lain hasil perkahwinan terdahulu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain