PELAKON Fasha Sandha tidak terkecuali menjadi mangsa ugutan netizen kerana menghadiri majlis resepsi pasangan Fattah Amin dan Amira Othman yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) Johor pada Sabtu.
Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 41, menjelaskan bahawa kehadirannya itu sebagai menghormati jemputan rakan artis dan menegaskan menghadiri majlis perkahwinan adalah satu perkara wajar yang tidak perlu dipertikaikan.
Kata Fasha, dia percaya Fattah dan bekas isteri iaitu pelakon Nur Fazura sudah bahagia dengan kehidupan masing-masing dan memohon orang ramai untuk mendoakan kebaikan buat mereka.

Perkongsian Fasha yang dimuat naik di Instastory miliknya.
"Ramai juga komen nak unfollow sebab saya ke majlis kahwin. Menghadiri majlis adalah wajib ya, kecuali jika uzur.
"Rasanya baik Fazura dan Fattah dua-dua sudah move on dan menemui kebahagiaan masing-masing. Mungkin ada yang belum move on sebaiknya move on dan doakan yang baik-baik untuk semua," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Kalau nak boikot suka hatilah” - Ernie Zakri
ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha dan Aidil Aziz sedang usaha tambah anak, masih ada masa lagi untuk mencuba
Fasha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di InstaStory miliknya pada Selasa.
Dalam pada itu, Fasha turut berkongsi perbualan mesej (DM) dia dan Amira yang menunjukkan keikhlasan penyanyi berkenaan terhadap persahabatan mereka.
"Amira dan Fattah menjemput saya sekeluarga dan melayan kami semua dengan baik. Ia majlis perkahwinan yang sangat indah, mohon kita doakan yang baik-baik untuk semua orang agar baik berbalik kepada kita.

Fasha hanya menghormati jemputan daripada Amira dan Fattah.
"MasyaAllah dia (Amira) punya level menghargai kita terlalu tinggi sampai kita pun jadi segan," ujarnya.
Sebelum ini, terdapat segelintir netizen yang tidak berpuas hati dengan perkahwinan Fattah dan Amira sehingga mengugut mahu nyah ikut akaun media sosial milik rakan-rakan pengapit pengantin perempuan.
Antara rakan artis yang mahu diboikot oleh netizen termasuk Anzalna Nasir, Nabila Razali, Ernie Zakri dan Hawa Rizwana.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


