suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Jangan jahat dengan adik saya” - Shila Amzah pertahan Syada

Shila mohon orang ramai berhenti bercakap buruk terhadap adiknya.

PENYANYI Shila Amzah memohon netizen supaya berhenti bersikap negatif terhadap adik perempuannya, Syada Amzah. 

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 35, turut berharap orang ramai menjadi lebih matang dan berfikiran positif dalam menghadapi situasi semasa.

"Tolonglah berhenti bersikap jahat terhadap adik saya dan teruskan kehidupan masing-masing. 

Perkongsian Shila di Threads miliknya.

Perkongsian Shila di Threads miliknya.

"Mari kita bersikap matang dan berkembang," katanya. 

Shila berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Selasa. 

Melihat keadaan dunia hari ini yang semakin dipenuhi dengan hal-hal negatif, Shila menyeru orang ramai untuk fokus membina kehidupan yang lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah serah kepada peguam, tidak akan keluarkan kenyataan demi jaga emosi

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Elcah akui hubungan dengan Syada Amzah sudah tidak baik, hilang ‘job’ puluhan ribu gara-gara kontroversi

"Sekarang ini terlalu banyak perkara negatif, jadi mari kita fokus untuk membina kehidupan dengan menjadi insan lebih baik insya-Allah. 

"Semoga yang baik-baik menanti kita di alam sana," ujarnya. 

Dalam perkongsian yang dimuat naik, Shila bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci mengenai isu yang dibangkitkan dan masalah yang sedang dihadapi adiknya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain