SEORANG kanak-kanak berusia satu tahun lapan bulan dipercayai dibunuh oleh bapa tiri dan ibu kandungnya sendiri kerana kedua-dua suspek tidak mampu menanggung kos perbelanjaan untuk menyara mangsa.Lebih menyayat hati, mangsa didakwa ditenggelamkan dan dilemaskan berulang kali di dalam baldi sebelum mayatnya dibuang di lokasi lain. Kejadian berlaku di sebuah tandas awam di Pasar Kebayoran Lama, Jakarta Selatan, Indonesia pada 31 Oktober lalu.Bapa tiri mangsa yang baru berusia 22 tahun dan ibu kandungnya, 19, disyaki melakukan perbuatan tersebut sebelum membuang mayat kanak-kanak itu di kawasan Bendungan Hilir, Jakarta Pusat.Ketua Polis Kebayoran Lama, Seala Syah Alam berkata, kedua-dua suspek mengaku bertindak demikian kerana tidak mampu menyara mangsa."Kanak-kanak itu dibunuh oleh ibu kandung dan bapa tirinya. Motif kejadian adalah masalah ekonomi, mereka tidak mampu menyaranya," katanya pada Isnin.Menurutnya, kedua-dua individu berkenaan sudah ditetapkan sebagai suspek dalam kes kematian kanak-kanak tersebut.Mereka kini berdepan tindakan mengikut peruntukan undang-undang perlindungan kanak-kanak dan Kanun Jenayah Indonesia berhubung kematian mangsa. -Agensi