suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri pelakon dedah suami terlalu mengongkong, tak izin mandi selepas 10.30 malam

Peraturan ditetapkan suami jadi punca pertengkaran.

ISTERI kepada pelakon Taiwan, Michael Yang iaitu Chloe Qin mendedahkan suaminya seorang yang terlalu mengongkong sehingga menetapkan waktu khusus untuknya mandi.

Chloe, 41, berkata sikap Michael itu adakalanya mengganggu waktu rehatnya apabila pelakon berkenaan mengarahkannya supaya segera mandi.

Malah Michael, 40, sanggup mematikan televisyen jika dia masih menonton rancangan kegemarannya.

Pendedahan Chloe mengejutkan peminat.

Menurut Chloe, perkara itu sering mencetuskan pertengkaran sekiranya dia bercadang untuk mandi sekitar pukul 11 malam.

"Saya mahu mandi pukul 11 malam, tetapi dia tidak membenarkannya dan terus mematikan televisyen.

"Apa sahaja yang kita mahu lakukan, dia mesti mengikut caranya sendiri," katanya ketika menjadi tetamu dalam sebuah rancangan variasi Taiwan, Dee Girls Talk.

ARTIKEL BERKAITAN: Aaron Kwok ubah suai rumah, pakar feng shui ramal bakal timang anak lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Selma Blair buka mulut isu serang empat individu, akhirnya mohon maaf lepas tiga minggu

Bagaimanapun, Michael yang turut berada dalam rancangan tersebut mempunyai pandangan berbeza apabila berpendapat pukul 10.30 malam merupakan waktu paling lewat untuk seseorang mandi.

"Pada saya, pukul 10.30 malam sudah dikira waktu paling lewat untuk seseorang mandi," katanya.

Kenyataan Michael itu mengundang reaksi terkejut dalam kalangan tetamu lain yang menyifatkan kediaman pasangan berkenaan seolah-olah kem latihan tentera berikutan terlalu banyak peraturan yang ditetapkan.

Artikel Lain