PELAKON Zahirah MacWilson tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas hantaran Instagram berkaitan sambutan Halloween, Krismas dan Easter mengundang rasa kurang senang beberapa komuniti agama.Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson, 31, dilihat sebak sehingga mengalirkan air mata ketika menyampaikan permohonan maaf tersebut. Zahirah berkata, dia tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak dan segera memadam hantaran berkenaan selepas menyedari kandungannya boleh mengguris perasaan orang lain.Hantaran yang dibuat oleh Zahirah sebelum ini."Saya nak ambil kesempatan ini untuk menjelaskan mengenai Instagram Story saya baru-baru ini berkaitan Halloween, Krismas dan Easter."Saya juga ingin memohon maaf dengan seikhlas hati, terutamanya kepada komuniti Kristian yang terasa hati dan tersinggung dengan perkongsian saya."Tak lama selepas memuat naik Story itu pagi semalam, saya menerima satu atau dua mesej peribadi dalam tempoh sejam. Saya terus memadam hantaran tersebut kerana sedar ia boleh menyinggung perasaan orang lain, walaupun itu bukan niat saya," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Ramai puji Zahirah MacWilson bertudung di Bali, belum ada kenyataan rasmiARTIKEL BERKAITAN: [V] “Ada terfikir tolak tawaran atau tangguh bertudung“ - Zahirah MacWilson akui pernah ’diuji’ ketika awal berhijabMengulas lanjut, isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza ini mengakui kesilapannya apabila menggabungkan tiga sambutan berbeza seolah-olah mempunyai maksud yang sama.Malah, dia menegaskan tidak pernah berniat melabelkan sambutan Krismas dan Easter yang begitu bermakna kepada penganut Kristian sebagai sesuatu yang berkaitan perkara jahat."Saya akui telah menggabungkan tiga sambutan berbeza seolah-olah semuanya sama. Saya langsung tidak berniat untuk melabelkan sambutan yang begitu bermakna dan suci seperti Krismas dan Easter sebagai sesuatu yang berkaitan dengan syaitan atau perkara jahat."Saya sangat menghormati kepelbagaian budaya, agama dan kepercayaan yang menjadikan masyarakat kita begitu istimewa. Saya terima semuanya dengan hati terbuka.ZAHIRAH MACWILSONPELAKON"Saya sedar kenyataan itu tidak tepat, tidak sensitif terhadap budaya dan langsung tidak sepatutnya dibuat. Sebagai figura awam, saya sepatutnya lebih berhati-hati dengan apa yang disampaikan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal agama dan tradisi," ujarnya.Dalam masa sama, Zahirah berkata dia menerima segala teguran netizen dengan hati terbuka dan menganggap insiden berkenaan sebagai pengajaran besar buat dirinya.Dia juga berjanji akan lebih banyak mendengar, belajar serta bermuhasabah diri agar tidak mengulangi kesilapan sama pada masa akan datang."Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang telah saya katakan dan betul-betul minta maaf atas kejahilan serta kekhilafan saya. Saya akan cuba untuk lebih banyak mendengar, belajar dan bermuhasabah diri supaya boleh menjadi insan lebih baik.Zahirah terima dengan segala teguran netizen."Terima kasih kepada semua yang menegur dan menghantar mesej, sama ada positif atau negatif. Saya terima semuanya dengan hati terbuka. Sekali lagi, saya benar-benar minta maaf atas kenyataan itu. Ini satu pengajaran yang sangat besar buat saya," kongsinya.Sebelum ini, hantaran Zahirah mencetuskan kontroversi apabila dia berkongsi pandangan mengenai beberapa sambutan perayaan menerusi media sosial.Dalam perkongsian tersebut, dia mempersoalkan beberapa amalan ketika sambutan berkenaan termasuk kanak-kanak memakai kostum, meminta gula-gula atau coklat serta duduk di atas pangkuan lelaki lebih berusia.Kenyataan itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menyifatkannya sebagai tidak sensitif terhadap kepercayaan agama lain.