suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai puji Zahirah MacWilson bertudung di Bali, belum ada kenyataan rasmi

Zahirah MacWilson tampil dengan penampilan terbaharu.

HANTARAN pelakon Zahirah MacWilson yang mengenakan hijab ketika bercuti bersama keluarga di Bali, Indonesia mencuri perhatian netizen. 

Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson, 31, menerusi perkongsian di Instagram mengenakan busana serba coklat berserta hijab bersama suaminya yang juga pelakon, Aiman Hakim Ridza.

Hantaran tersebut sekaligus mencetuskan persoalan ramai sama ada aktres berkenaan sudahpun mengubah penampilannya. 

Hantaran Zahirah meraih perhatian ramai. 

"Satu petang yang cerah di bulan Julai, satu petang yang cerah bersamamu," tulis Zahirah pada ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan juga peminat memuji dan mendoakan supaya pelakon tersebut istiqamah dengan keputusan yang dilakukan itu. 

"Semoga Allah permudahkan segala urusan Ira," kata Hannah Delisha. 

"Masya-Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan," komen Sherry Ibrahim. 

ARTIKEL BERKAITAN: Reaksi bersahaja Zahirah MacWilson netizen tak nak tengok drama lakonan... “Saya keluar tutuplah mata sekejap”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak adil label artis sombong, Zahirah Macwilson mesra layan peminat

Antara rakan selebriti lain yang turut memuji dan menitipkan doa termasuklah Mira Filzah, Mimi Lana, Azira Shafinaz dan ramai lagi. 

Sebelum ini, Zahirah berkongsi beberapa foto ketika bercuti bersama keluarga yang turut memperlihatkan penampilan terbaharunya mengenakan hijab.

Bagaimanapun setakat ini Zahirah masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung penampilan terkininya itu. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

 

Artikel Lain