PENYAMPAI radio Ili Ruzanna mengumumkan pengunduran dirinya daripada stesen radio Hitz sekali gus tidak lagi terlibat dengan industri penyiaran radio tempatan.Pengumuman itu dibuat menerusi segmen terakhirnya bersama barisan gandingan Hitz Morning Crew iaitu Anne dan Prem. Ili berkata, sepanjang tempoh menyertai stesen berkenaan terutama sewaktu mengendalikan segmen pagi bersama rakan penyampai, ia meninggalkan banyak kenangan manis dan pengalaman yang sangat bermakna buatnya.Isnin merupakan hari terakhir perkhidmatan Ili. “Saya akan meninggalkan Hitz dan industri radio sebenarnya. Ini adalah hari terakhir saya dan ia sememangnya satu perjalanan yang cukup bermakna.“Bersama Hitz Morning Crew iaitu Anne, saya dan Prem, kami sudah bersama selama kira-kira setahun setengah. Sejujurnya, ia merupakan satu tempoh yang sangat menyeronokkan,” katanya.Dalam pada itu, Ili turut mengambil kesempatan menyampaikan penghargaan kepada seluruh pendengar yang sentiasa memberikan sokongan kepada perjalanan kerjayanya di stesen berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Hitz FM Mohon MaafARTIKEL BERKAITAN: Jin & Ryan Hadapi Tekanan Kekalkan Populariti Hitz FMKata Ili, sorakan, sokongan daripada pendengar bukan sahaja menceriakan corong radio, malah memberikan makna yang cukup mendalam dalam hidupnya.“Bagi anda yang sedang mendengar sekarang, saya cuma mahu mengatakan bahawa anda sangat disayangi dan dihargai. Terima kasih banyak-banyak kerana sentiasa mendengar saya, Anne, Prem dan seluruh kru Hitz.“Mungkin anda melihat kami sentiasa menceriakan hari anda setiap kali bertemu atau mendengar kami, tetapi sebenarnya anda juga menceriakan hari kami.Ili mengucapkan terima kasih kepada pendengar yang sentiasa memberikan sokongan. “Setiap kali anda menghubungi kami, bercakap dengan kami, menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dan mengingati perkara-perkara kecil tentang kami, semua itu sangat bermakna,” ujarnya.Ili turut meminta para pendengar agar tidak bersedih atas keputusannya meninggalkan stesen berkenaan.Sebaliknya, dia berharap orang ramai dapat meraikan keputusan tersebut dan terus memberikan sokongan positif terhadap fasa baharu dalam perjalanan kehidupan yang bakal diterokainya kelak.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!