suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kalau dulu aku ‘hembus‘ balik orang yang kutuk“ - Norreen Iman maafkan semua kecaman, faham resam media sosial

Penampilan terkini Norreen menerima kecaman ramai.

DIKECAM disebabkan berpenampilan tidak bertudung, pelakon Norreen Iman memaafkan mana-mana pihak yang melemparkan kata-kata negatif terhadapnya di media sosial, selagi kritikan berkenaan tidak melibat tuduhan fitnah.

Norreen atau nama sebenarnya Norreen Iman Abdullah, 32, berkata, dia tidak berasa tersinggung mahupun marah dengan pelbagai kecaman yang dilontarkan, sebaliknya reda memandangkan dia sendiri yang membuka ruang kepada umum untuk memberikan pandangan.

“Aku tidak berkecil hati apabila orang kecam atau buli dengan apa yang aku muat naik di media sosial. Orang akan terus bercakap berdasarkan apa yang mereka lihat dan dengar, dan mereka nampak sebab aku yang buat hantaran itu.

Penampilan Norreen mendapat banyak reaksi negatif netizen. 

“Tetapi apa sahaja yang korang cakap pasal aku, ia tidak akan menentukan siapa diri aku. Jangan risau! selagi benda itu bukan fitnah, aku maafkan sahaja korang semua.

“Masing-masing guna Threads ini untuk melepaskan amarah, menghabiskan masa, hiburan dan info. Jadinya, aku tak marah pun. Kelakar juga aku tengok diri sendiri sampai jadi 'meme',” katanya menerusi satu hantaran di aplikasi Threads pada Selasa. 

Mengulas lanjut, Norreen berkata dia enggan berasa runsing mengenai kecaman tersebut memandangkan sudah lama berkecimpung dalam dunia media sosial. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dah lama nak bebaskan diri” - Norreen Iman bangkit daripada hubungan toksik, tak mahu lagi tangisan

ARTIKEL BERKAITAN: “Salah tetap salah” - Norreen Iman sangka baik setiap teguran, anggap peminat terima seadanya

“Perjalanan aku bermula dalam industri ini pun menerusi media sosial. Ada orang suka kandungan aku, mereka ketawa, ada yang menyampah dan ada yang rasa terlalu 'cringe'. Aku okay sahaja dengan perkara itu.

“Korang semua ini penyaksian nyata dalam hidup aku dan mungkin sesetengah daripadanya jadi penceritaan yang seronok dalam perjalanan aku. 

"Walaupun ada yang benci atau menyampah, maaf ya kita tidak kenal antara satu sama lain. Jadi tenangkan diri dan bersabar,” ujarnya.

Norreen hanya mahu menjadi dirinya sendiri. 

Dalam pada itu, Norreen mengakui sifat dirinya kini sudah jauh berubah berbanding dahulu yang sentiasa  lantang dan gemar membalas semula kritikan netizen secara kasar.

Jelasnya, kematangan usia serta keutamaan terhadap keluarga dan kesihatan mental membuatkan dia tidak mahu lagi bertindak sedemikian. 

“Kalau Norreen yang dulu, memang aku 'hembus' balik orang yang kutuk aku. Itu dululah, sekarang tidak lagi.

“Di fasa sekarang memandangkan aku pun dah capai usia 30-an, aku ada dua orang anak untuk dijaga, ibu tercinta untuk disayangi, diri sendiri untuk diutamakan, mental yang kena jaga dan pegangan agama yang nak dikekalkan. Semua perkara ini jauh lebih penting daripada aku kena fikir apa orang cakap pasal aku,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

 

Artikel Lain