suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amyza Aznan tenang dan selesa berniqab, harap isu ‘kejap pakai kejap buka’ tak diperbesarkan

Penampilan baharu Amyza jadi perhatian.

PENAMPILAN pelakon Amyza Aznan yang dilihat mengenakan niqab sejak kebelakangan ini menarik perhatian netizen.

Bagaimanapun, penampilannya itu turut menimbulkan persoalan apabila Amyza dilihat tidak konsisten mengenakan niqab dalam beberapa keadaan.

Menjelaskan perkara tersebut, Amyza, 50, berkata pemakaian niqab bukan sesuatu yang wajib, sebaliknya dia bebas untuk mengenakan atau membuka penutup wajah itu mengikut keselesaan dirinya.

Amyza bersama anak keduanya, Adrian Adam.

“Memang akan ada kata-kata (netizen) macam itu tetapi jangan ambil serius sangat sebab benda itu tidak wajib.

“Kalau kita nak pakai, kita pakai dan kalau nak buka, kita buka. Bukan macam tudung, kalau tudung itu memang satu kesalahan kalau sekejap pakai, sekejap buka seolah-olah macam mempermainkan.

“Tapi niqab bagi saya benda yang tak perlu diperbesar-besarkan. Saya selesa pakai dan selesa juga kalau tak pakai. Tak ada isu pun,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Keputusan ujian bukan kanser tulang“ - Amyza Aznan buntu jenis kanser dihidapi anak kedua

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Itu saja penawar rindu saya“ - Enam bulan berlalu, Amyza Aznan masih hantar mesej ke nombor telefon arwah anak

Bercerita mengenai keputusannya memakai niqab, Amyza berkata hampir setiap kali keluar rumah sejak kebelakangan ini dia memilih untuk menutup wajah.

Katanya, niqab membuatkan dia berasa lebih selamat, selesa dan tenang sebagai seorang wanita.

“Saya tak tahu, bila pakai saya rasa selamat, selesa, tenang dan rasa ‘mahal’ sebagai seorang perempuan. Nikmat sangat.

“Ia (niqab) bermula secara tiba-tiba. Mula-mula saya pakai ketika pergi kubur sahaja, lepas itu benda tersebut menjadi sesuatu yang selesa.

“Rasa selesa dan selamat itu sukar nak digambarkan,” kongsinya.

Janji benda itu tak ketat, tak mencolok mata, okey.

AMYZA AZNAN

PELAKON

Tambah Amyza, pemakaian niqab turut memberi kesan terhadap cara interaksinya bersama orang sekeliling.

“Bila kita pakai benda itu, automatik orang akan jaga jarak dan jaga percakapan dengan kita.

“Banyak benda yang positif. Cuma jangan jadikan isu kalau sekejap saya pakai, sekejap saya buka kerana benda itu bukan wajib,” ujarnya.

Dalam pada itu, Amyza turut menjelaskan bahawa pemakaian niqab tidak bermaksud seseorang wanita perlu mengenakan jubah atau pakaian tertentu.

Amyza semakin tenang sejak berniqab.

Sebaliknya, dia berpendapat apa yang lebih penting ialah pakaian yang dipakai menepati batas kesopanan, longgar dan tidak mencolok mata.

“Apa yang tak kena? Saya tetap pakai baju yang longgar dan seluar yang longgar.

“Tak semestinya pakai niqab kita kena pakai jubah. Janji benda itu tak ketat, tak mencolok mata, okey.

“Pakai niqab tapi kita tetap tahu batas dan tahu pakaian kita itu okey serta longgar, jadi tak ada masalah,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain