PELAKON Riena Diana mendedahkan kekasihnya iaitu Keith Foo masih menerima tawaran berlakon di Indonesia biarpun kini memilih untuk menetap dan mengembangkan kerjaya di Malaysia.Menurut Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 29, pada awalnya Keith hanya pulang ke Malaysia untuk menerima satu tawaran lakonan sebelum rezekinya terus hadir apabila mendapat tawaran lain yang tidak putus-putus. "Sepatutnya dia balik sini untuk satu job saja tetapi selepas itu rezeki dapat lagi tawaran tak henti-hati. Katanya mungkin sudah tiba masanya berlakon di Malaysia pula. Perkongsian Riena yang dimuat naik di Threads miliknya. "Dia cakap ibu bapanya pun dah tua jadi ambil keputusan untuk tinggal di sini. Sebenarnya sampai sekarang dia masih dapat tawaran berlakon di sana (Indonesia) tapi dia menolak kerana anak. "Dia tak mahu jauh dari Sky (anak)," katanya. Riena berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Riena Diana tetap profesional walaupun cemburu Keith Foo dengan heroin lain, kurang gaduh bila jarang kongsi media sosialARTIKEL BERKAITAN: Riena Diana sudah ada nama Islam untuk kekasih hati, Keith Foo mahu dalami agama sebelum nikahDalam pada itu, Riena turut mendedahkan dia pernah bertanya kepada Keith mengenai keputusan pelakon itu untuk kembali ke Malaysia selepas kira-kira 10 tahun membina nama di Indonesia."Saya sebenarnya tanya Keith kenapa pilih untuk balik Malaysia selepas berlakon di Indonesia? "Dia dah cipta nama dan berlakon sinetron serta filem, tetapi kenapa (pulang Malaysia). "Jadi dia jawab nak keluar daripada zon selesa dan cuba pengalaman, cabaran baru di Malaysia kerana sudah 10 tahun di sana (Indonesia)," ujarnya. Untuk info, Keith atau Foo Chuan Chin, 43, pernah membina tapak kerjaya lakonan di Indonesia sekitar tahun 2009 sebelum aktif semula di Malaysia.Keith (kanan) tidak sanggup berjauhan dengan anaknya. Keith pernah membintangi beberapa filem seram dan drama popular termasuk Mati Suri (2009), Paku Kuntilanak (2009), Bidadari Jakarta (2010), dan Pengantin Pantai Biru (2010).Keith sebelum ini pernah berkahwin dengan Kim Raymond pada November 2015 namun mereka bercerai pada Disember 2019.Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Skylar Raymond Foo, 9 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!