suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara Akim Ahmad, berat badan Qilo turun 7kg dalam tiga minggu

Qilo berjaya menurunkan berat badan 7 kilogram.

PESERTA Big Stage X Rocketfuel (BSR), Qilo menyahut cabaran juri tetap, Akim Ahmad untuk menurunkan berat badan bagi memastikan penampilannya lebih kemas ketika berada di atas pentas.

Hasilnya, Qilo atau Aqil Azfar Mohd Azri, 21, memberitahu dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak tujuh kilogram (kg) dalam tempoh tiga minggu.

Usaha tersebut turut dibantu rakan seperjuangannya dalam BSR iaitu Yad-Z yang mengajarnya mengenai pemakanan serta senaman yang betul.

"Sebelum ini memang Akim ada minta saya untuk kuruskan badan supaya nampak elok di atas pentas atau televisyen. Jadi, saya ada buat senaman dengan Yad-Z. 

Qilo mengikut saranan juri tetap BSR untuk menurunkan berat badan.

"Yad-Z ada ajar saya cara pemakanan dan senaman yang betul. Saya sudah amalkan dalam tempoh tiga minggu. 

"Alhamdulillah berat badan dah turun sikit, tak banyak sangat pun sebab saya masih perlu makan untuk dapat tenaga. Kali terakhir berat badan saya turun dalam 7kg," katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Qilo mengakui bersetuju dengan saranan Akim memandangkan aspek penampilan turut memainkan peranan penting dalam industri hiburan.

"Saya setuju dengan saranan yang diberikan Akim memandangkan aspek penampilan juga memainkan peranan penting dalam industri hiburan ini. 

ARTIKEL BERKAITAN: Qilo, Aliff Kimiey kecundang di separuh akhir Big Stage X Rocketfuel

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Penonton tak puas hati dapat ‘priority pass’, Danial Kifli dah lali kecaman anggap rezeki mara final Big Stage

"Saya mengakui dalam industri seni bukan hanya bakat dan suara yang dilihat tetapi wajah dan penampilan yang kemas pun penting untuk nampak menarik," ujarnya.  

Tersingkir pada minggu separuh akhir BSR, Qilo bagaimanapun tidak menganggap perjalanan dalam program berkenaan sebagai pengakhiran sebaliknya berazam meneruskan kerjaya sebagai artis serba boleh.

"Perancangan saya selepas ini mahu meneruskan kerjaya sebagai artis serba boleh, yang mana boleh melukis dan menghasilkan lagu. 

Qilo dan Aliff (kiri) tersingkir di minggu separuh akhir BSR.

"Saya ingin mengetengahkan genre Jazz serta R&B. Saya cuba untuk kenalkan genre ini agar kena dengan selera masyarakat di Malaysia. 

"Saya percaya kalau ada rezeki insya-Allah saya memang akan teruskan dengan niat ini," katanya. 

Selain Qilo, Aliff Kimiey turut diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada malam Ahad.

BSR bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada setiap Ahad, pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria (104).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain