HASRAT Qilo dan Aliff Kimiey untuk beraksi di pentas akhir Big Stage X Rocketfuel (BSR) tidak kesampaian apabila diumumkan tersingkir di konsert separuh akhir, malam Ahad. Qilo memperoleh markah tercorot menerusi persembahan lagu Joget Kenangan Manis nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, manakala Aliff Kimiey menduduki tempat kedua tercorot dengan markah 77 peratus pada konsert yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Mengulas persembahan Qilo, juri tetap, Aisha Retno, berkata peserta berkenaan menunjukkan keberanian menerusi pertukaran genre, namun perlu lebih berhati-hati ketika menyanyi sambil menari.Qilo (kiri) dan Aliff (kanan) gagal tambat hati juri.“Saya hargai penukaran genre anda di luar kotak tapi apabila menari biarlah ikut rentak. Saya suka ekspresi wajah anda, lontaran vokal juga sangat baik. “Namun tolong hati-hati dengan pitch. Kalau awak menari pitch itu ada lari sedikit. Lembutkan lagi lenggok nyanyian, kena belajar sedikit kerana agak kasar. “Tapi tak mengapa awal boleh banyak belajar lagi selepas ini,” katanya. Sementara itu, juri tetap, Akim Ahmad, menyifatkan persembahan Aliff Kimiey sebagai pembukaan yang baik selain mengakui peserta itu menunjukkan peningkatan sepanjang menyertai BSR.ARTIKEL BERKAITAN: Big Stage: Tiada penyingkiran di minggu suku akhir, Danial Kifli terselamatARTIKEL BERKAITAN: Tersingkir Big Stage X Rocketfuel, Sufie Rose kembali kerja di hotel“Satu pembukaan yang sangat baik, siapa cakap Aliff tak boleh menari. “Sepanjang beberapa minggu kami lihat Aliff punya peningkatan, hari ini (Ahad) Aliff sudah mula menunjukkan rasa selesa di atas pentas. “Cuma mungkin ada bahagian nyanyian di verse Aliff nampak gementar tetapi lepas korus Aliff kembali konsisten semula,” ujarnya. Turut berada di kedudukan tiga terbawah adalah Danny. Tiga peserta yang berada di kedudukan tiga terbawah dari kiri Qilo, Danny dan Aliff.Raniesha muncul peserta dengan markah tertinggi iaitu 88 peratus, diikuti Adam Nazmie (87.33 peratus) dan Yad-Z di tangga ketiga dengan 85.67 peratus.Hussain pula dipilih sebagai Rocket Star of The Week dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000.Danial Kifli menerima ‘Priority Pass’ selepas dipilih penaja untuk terus mara ke peringkat akhir.Peserta terlihat tenang sebelum berlaku penyingkiran.Seramai lima peserta akan meneruskan saingan di pentas akhir iaitu Raniesha, Hussain, Danny, Yad-Z serta duo Adam dan Nazmie yang merupakan satu-satunya peserta berkumpulan.BSR dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva.BSR boleh ditonton menerusi Astro Ria (saluran 104), setiap Ahad, pukul 9 malam.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!