suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nadia Brian beri ‘peluang kedua‘ untuk bercinta lagi...tapi bukan Nedim

Nadia sedia beri peluang kedua untuk capai kebahagiaan.

GARA-GARA berkongsi kesediaannya untuk memberi peluang kepada seseorang, hantaran pelakon Nadia Brian di Threads mengundang perhatian netizen sehingga dikaitkan dengan bekas kekasihnya, ahli perniagaan Nedim Nazri.

Tampil menjelaskan perkara itu, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 35, berkata hubungannya dengan Nedim dalam keadaan baik dan mereka masih berkawan.

“Tak adalah, kami kawan. Tapi kalau ada jodoh, adalah. Apa-apa pun, kita doa yang baik-baik. Insya-Allah.

Nadia mahu beri peluang kedua pada diri sendiri.

“Apa-apa pun dalam hidup kita boleh bagi peluang untuk orang, kan? Sebab kita pun perlukan peluang juga. Jadi, insya-Allah,” katanya kepada mStar.

Bagaimanapun, Nadia menjelaskan ‘peluang kedua’ yang dimaksudkannya lebih kepada memberi ruang kepada diri sendiri untuk kembali berkawan dan mengenali seseorang.

Katanya, selepas melalui pengalaman lalu, dia kini lebih terbuka untuk menerima kehadiran individu baharu dalam hidupnya, terutama mereka yang masih bujang.

“Peluang kedua untuk berkawan pun tak salah. Saya rasa kita juga kena beri peluang kedua kepada diri sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa awak sakit hati?“ - Nadia Brian bidas netizen perlekeh hantaran media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap tiada jodoh, Nadia Brian sahkan putus cinta dengan Nedim Nazri

“Kalau ada jodoh atau apa-apa, sudah tentu saya masih nak cuba lagi. Jadi, beri peluang kepada diri sendiri untuk berkawan dan menerima. 

"Tidak seperti sebelum ini yang macam dah tak nak dan serik. Sekarang saya lebih rasa, kenapa tidak? Kita bagi peluang kepada diri sendiri untuk berkawan dengan sesiapa sahaja yang bujang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nadia turut meluahkan rasa terharu dengan pelbagai pesanan yang dititipkan netizen susulan hantaran tersebut.

Nadia terharu dengan nasihat netizen.

Menurutnya, dia menghargai setiap pandangan yang diberikan dan memilih untuk mengambil perkara yang baik sebagai panduan.

“Banyak pesanan daripada netizen. Terima kasih. Yang mana bagus kita ambil. Yang mana tak bersetuju tak apalah, itu pendapat mereka," kongsinya.

Untuk rekod, Nadia dan Nedim pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar hujung tahun 2025 namun mengumumkan perpisahan mereka pada Mac 2026.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain