PENYANYI Aisha Retno menerima secara terbuka teguran netizen berhubung penampilannya ketika muncul di pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) pada Sabtu. Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, tampil bersama penerbit teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL), Puan Seri Tiara Jacquelina dan anaknya, Mila Mohsin, dengan memperagakan busana asli daripada produksi teater muzikal berkenaan. Kata Aisha, dia memahami setiap individu mempunyai pandangan berbeza dan memilih untuk mengambil teguran yang diberikan dari sudut positif.“Sejak mula saya menyertai uji bakat teater muzikal ini pun, saya sudah bertanya tentang pemakaian PGL ini. Antara komen yang diterima di media sosial.“Kita mengikut cabang seni daripada perspektif teater muzikal, namun sudah tentu apa yang diperkatakan oleh netizen kita ambil yang baik (positif). “Kami hormat pendapat masing-masing dan insya-Allah kalau ada penambahbaikan kita akan lakukan daripada semasa ke semasa,” katanya kepada mStar.Aisha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media konsert separuh akhir Big Stage X Rocketfuel yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Ahad. Dalam pada itu, Aisha mengakui sebagai seorang penggiat seni, dia perlu bersedia menerima pelbagai pandangan kerana segala aspek dirinya termasuk fesyen dan cara percakapan sentiasa menjadi perhatian umum.ARTIKEL BERKAITAN: Tiada layanan istimewa, Aisha Retno kerja keras demi Puteri Gunung LedangARTIKEL BERKAITAN: Mila Mohsin tak ikut jalan mudah, minta restu Tiara Jacquelina seminggu sebelum uji bakat PGL“Bagi saya semua orang berhak berkongsi pendapat masing-masing, lebih-lebih lagi apabila berada di dalam industri seni ini, kita perlu terima setiap pendapat yang diberikan. “Daripada segi fesyen, macam mana kita bawa diri, cara bercakap semuanya diperhatikan. Itu adalah salah satu risiko apabila kita ingin menjadi seorang artis. “Saya ambil yang baik (positif) saja, buang yang keruh. Mungkin platform ini boleh buka sedikit dimensi untuk teater muzikal. Saya boleh katakan ia adalah sebahagian daripada seni,” ujarnya.Mengulas mengenai pemakaian ketika pementasan sebenar kelak, Aisha berkata dia masih belum dapat memberikan gambaran kerana dunia teater muzikal merupakan sesuatu yang baharu buat dirinya.“Daripada segi pemakaian pada pementasan itu nanti, saya tidak pasti. Dunia dimensi teater muzikal ini adalah sesuatu yang baru bagi saya. Aisha menganggap pemakaiannya dalam PGL merupakan sebahagian daripada seni.“Saya tidak boleh komen banyak, sama ada untuk memakai pakaian yang bagaimana. “Cuma saya sangat teruja tak sabar nak tunggu peminat membeli tiket teater itu nanti, terima kasih kerana menumpukan perhatian kepada segala update untuk teater PGL ini,” katanya.Terdahulu, kemunculan Aisha bersama Tiara Jacquelina dan Mila Husin di pentas KLFW mencuri perhatian apabila ketiga-tiganya memperagakan busana asli daripada teater muzikal Puteri Gunung Ledang.Penampilan tersebut kemudiannya menjadi buah mulut netizen apabila ada yang mempersoalkan gaya berkenaan kerana dianggap seksi dan menampakkan bahagian tubuh.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!