PENYANYI Aisha Retno berharap orang ramai memberi peluang kepadanya membuktikan kemampuan diri apabila dipilih membawa watak utama dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM) yang bakal dipentaskan Oktober depan.Menurut Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, dia bersama barisan pelakon lain kini sedang bersungguh-sungguh menjalani latihan demi memastikan pementasan tersebut mencapai tahap terbaik. “Untuk pengetahuan semua, kami sedang berusaha keras menjayakan muzikal PGL yang akan dipentaskan pada Oktober nanti.Aisha kongsi perkembangan latihan yang dilalui.“Kami langsung tidak berada dalam zon selesa, tiada kabel dan tiada layanan istimewa hanya sebab seseorang itu terkenal. Semua orang dilayan sama rata sepanjang bengkel beberapa hari ini,” kongsinya menerusi hantaran Thread.Dalam masa sama, Aisha menyifatkan pengalaman menyertai produksi berkenaan seperti sebuah kem latihan yang mencabar dan penuh disiplin.Susulan itu dia berharap orang ramai memberi meletakkan kepercayaan kepada dia serta seluruh tenaga produksi untuk menampilkan persembahan terbaik.ARTIKEL BERKAITAN: “Terganggu tengok PGL pakai braces”... Aisha Retno respons kebimbangan netizen, hanya akan guna ‘retainer’ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno dipilih sebagai Puteri Gunung Ledang“Apa yang harus saya katakan, teater muzikal ini diibaratkan seperti ‘lifetime camp’.“Jadi tolong beri peluang kepada kami berdua dan barisan pelakon lain. Kami akan komited demi persada teater muzikal di Malaysia,” luahnya.Perkongsian tersebut meraih perhatian peminatnya yang rata-rata memberi kata semangat buat Aisha."Tak perlu jelaskan. Siapa yang cerdik, dah sedia maklum dengan prinsip Puan Sri Tiara Jacquelina. Jadilah diri sendiri! Fokus kepada perkara positif. Peminat sentiasa beri kata semangat buat Aisha."Teruskan berkongsi perjalanan anda kerana kami tidak sabar untuk melihat anda berdua menghidupkan watak ikonik Puteri Gunung Ledang. Abaikan sahaja segala suara negatif," antara komen negatif.Terdahulu, akaun rasmi PGLTM mengumumkan pelakon Aisha Retno dan Mila Mohsin yang merupakan anak kepada penerbit PGL, Puan Seri Tiara Jacquelina memegang watak sebagai Puteri Gunung Ledang. Antara pelakon lain yang turut terlibat ialah Aqasha sebagai Hang Tuah, Luqman Hafidz (Sultan Melaka), Yusof Hashim (Gusti Adipati), Mimi Fly dan Nadia Aqilah sebagai Bayan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!