PELAKON Eyka Farhana kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata pertama pada Sabtu. Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh suaminya, pemain bola sepak pasukan Terengganu FC, Akhyar Rashid, yang turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran anak mereka. Pasangan itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Luay Khayr.Akhyar meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi sulung mereka. “Selamat datang ke dunia, Muhammad Luay Khayr bin Muhammad Akhyar.“Si kecil anugerah kami, cinta terbesar kami,” katanya.Akhyar menulis perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin.Dalam pada itu, Akhyar mengakui perjalanan untuk menjadi seorang bapa bukan sesuatu yang mudah, namun penuh makna.ARTIKEL BERKAITAN: Eyka Farhana hamil anak lelaki, Akhyar Rashid teruja lompat kegembiraan ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Eyka Farhana hamil anak pertamaPemain bola sepak itu turut menitipkan penghargaan khas buat isterinya atas kekuatan yang ditunjukkan sepanjang proses kelahiran.“Alhamdulillah atas perjalanan yang indah ini.“Dan kepada isteri, terima kasih kerana begitu kuat melalui segalanya. Terima kasih kerana menjadikan saya seorang bapa,” ujarnya.Kelahiran cahaya mata pertama melengkapkan hidup Eyka dan Akhyar. Pada Februari lalu, Eyka turut berkongsi berita kehamilannya menerusi sebuah video sesi fotografi bersama Akhyar di tepi pantai.Untuk rekod, Eyka dan Akhyar mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2024.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!