PELAKON Eyka Farhana dan suaminya, Akhyar Rashid bakal menimang cahaya mata lelaki sulung tidak lama lagi.Khabar gembira itu dikongsikan oleh aktres Elisya Sandha menerusi Instastory miliknya. Menerusi video yang dimuat naik, Elisya dilihat menghadiri majlis ‘gender reveal’ yang berlangsung pada petang Ahad.Selain Elisya, Azfar Heri, Syamim Farid dan Datin Elvina Mohamad turut dilihat di acara tersebut.“Ia lelaki! Saya betul! Tahniah Eyka sayangku. Gembira untukmu,” luahnya.Dalam video tersebut, Eyka dan Akhyar mengumumkan jantina bayi mereka melalui letusan asap berwarna biru yang memenuhi ruang udara, sekali gus menjadi simbol kepada bayi lelaki.Malah, jelas terpancar kegembiraan Akhyar apabila dia dilihat melompat keriangan sebaik mengetahui jantina anak sulungnya, diiringi sorakan para tetamu yang hadir.ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Eyka Farhana hamil anak pertamaARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tahu manisnya berkahwin, dah lama saya nikah” - Eyka FarhanaPada Februari lalu, Eyka turut berkongsi berita kehamilannya menerusi sebuah video sesi fotografi bersama Akhyar di tepi pantai.Mereka bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci menjadi kehamilannya.Untuk rekod, Eyka dan Akhyar mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2024.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube