USAHAWAN Iqbal Zulkefli memberitahu dia tidak terkejut dengan kenyataan bekas kekasihnya iaitu Datuk Seri Vida yang memaklumkan pernah melakukan proses pembekuan telur sebagai persediaan sebelum mereka berkahwin.Menurut Iqbal, 32, prosedur tersebut telah dirancang ketika mereka masih berhubungan baik dan ia merupakan satu langkah untuk membina keluarga sendiri. "Perkara itu betul, saya sendiri yang temankan dia untuk lakukan proses berkenaan di sebuah hospital di Ipoh, Perak.Hubungan rapat Vida dan Iqbal sebelum ini menjadi bualan ramai. "Saya ada katakan kepadanya dulu, jika berkahwin saya mahukan anak. Ketika itu dia masih subur dan sebab itu kami lakukan proses tersebut."Malah, memang kami pernah bercakap soal perkahwinan sebelum ini dan ia bukan perkara main-main," katanya kepada mStar.Iqbal mengulas perkara tersebut selepas tular satu video yang menemukan mereka berdua di majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.ARTIKEL BERKAITAN: Vida tak tunggang agama, niat murni ajak orang menderma... Rimas layan Iqbal sibuk menyelit tumpang glamor ARTIKEL BERKAITAN: Muktamad! Tiada lagi cinta untuk Vida, Iqbal janji hubungan baik sekadar kawanTambah Iqbal, pertemuan tersebut merupakan yang pertama selepas lebih dua tahun mereka tidak bersua muka.Dalam masa sama, dia berharap hubungan antara mereka akan kembali jernih dan sedia untuk terus berjumpa secara profesional bagi urusan kerja."Selepas kisah tak jadi kahwin, memang ada konflik antara kami. Namun kemudian berbaik semula. Cuma sejak dua tahun lalu, kami tidak lagi berhubung. Saya pun tidak tahu apa puncanya. Kalau tiba masa nak kahwin, biarlah jadi terusIQBAL ZULKEFLI USAHAWAN "Saya ada sahaja menghantar mesej namun tidak dijawab. Saya harap kami boleh berbaik dan terus berjumpa untuk urusan kerja," ujarnya.Apabila diusik tentang jodoh, Iqbal bagaimanapun tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut dan menyerahkan semuanya kepada takdir.Dia juga tidak mahu kisah cinta antara mereka terus menjadi bualan seolah-olah sebagai gimik dalam mempromosikan perniagaan.Iqbal tidak mahu terlalu terbuka bercakap soal jodoh. "Untuk soal jodoh dan masa depan, saya terbuka untuk menerima sebarang kemungkinan yang berlaku. Kami sudah cukup saling kenal dan dia tahu apa kelemahan dan kekurangan saya."Namun saya tidak mahu lagi terlalu terbuka bercakap soal jodoh. Kalau tiba masa nak kahwin, biarlah jadi terus. Tak mahu heret kisah kami sampai jadi drama," jelasnya.Iqbal sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pembantu peribadi kepada Vida dan hubungan rapat mereka menjadi sebutan ramai.Sekitar tahun 2018, Vida bagaimanapun memecat Iqbal, sekali gus menamatkan spekulasi mereka bakal mendirikan rumah tangga.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube