SELESAI mengadakan konsert di China, penyanyi Shila Amzah mengharapkan peminat terus memberikan sokongan terhadap perjalanan seninya, termasuk persembahan di Malaysia.Sebagai seorang penyanyi yang menguruskan kerjaya sendiri, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 36, sedar bukan mudah untuk dia mencapai tahap yang dimiliki kini. Malah, dia juga mengakui ada ketika pernah berasa putus asa apabila berdepan pelbagai cabaran dalam industri muzik.Perkongsian Shila di Threads. "Saya masih lagi seorang artis independent dan sangat mengharapkan sokongan anda untuk album serta konsert."Selepas 25 tahun, masih ada cabaran saya sendiri. Kadang-kadang rasa nak putus asa, tapi sayang kalau nak lepaskan sekarang setelah semua yang saya usahakan," katanya.Shila berkongsi luahan itu dalam satu hantaran di Threads selepas dia menjayakan persembahan untuk Shila Amzah Livehouse Tour 2026, dengan lokasi terakhir di Nanjing, China.ARTIKEL BERKAITAN: Peminat China pakai tudung datang konsert Shila Amzah, Ubai terfikir nak mula bisnes hijab ARTIKEL BERKAITAN: “Kita ada tanggungjawab untuk buang benda salah yang dinormalisasikan dalam keluarga” - Shila AmzahMenerusi hantaran sama, penyanyi ini turut mengimbau kembali permulaan dia menguruskan kerjaya seni tanpa berbekalkan modal yang banyak.Biarpun pernah melalui waktu sukar, namun Shila tetap bersyukur atas segala cabaran sebelum ini."Lagi pula, memulakan dari kewangan kosong, saya rasa sangat bersyukur," luahnya.Shila mahu lakukan yang terbaik buat peminat. Dalam hantaran sama, Shila turut berkongsi mengenai konsert Resonance: Shila Amzah in Harmony 25 Years of Music and Memories yang dijangka bakal berlangsung pada 9 Mei.Terlibat secara langsung dalam produksi konsert berkenaan, Shila juga menggunakan duit sendiri bagi memberikan yang terbaik buat peminat."Saya buat persembahan sambil kumpul duit untuk bagi yang terbaik dalam konsert kali ini sebab saya memang terlibat dalam semua aspek produksi," jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube