suria

Peminat China pakai tudung datang konsert Shila Amzah, Ubai terfikir nak mula bisnes hijab

Ubai kagum lihat pengaruh isteri kepada peminat China.

SUAMI kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai meluahkan rasa bangga apabila melihat pengaruh fesyen isterinya mula menjadi ikutan peminat di luar negara.

Menerusi satu video dimuat naik di TikTok, Ubai berkongsi momen peminat wanita dilihat menuju ke lokasi konsert Shila Amzah dengan penampilan seakan-akan penyanyi itu.

Lebih menarik perhatian, kedua-dua wanita berasal dari China itu tampil mengenakan tudung bersama pakaian kasual sambil berjalan di tepi jalan ketika hujan, lengkap dengan payung di tangan.

Antara peminat yang meniru gaya Shila Amzah.

“Datang konsert pakai tudung style Shila Amzah. Dah boleh jual tudung dekat China ini,” tulisnya berseloroh di ruangan kapsyen TikTok.

Difahamkan, mereka merupakan peminat Shila yang hadir bagi menyaksikan konsert jelajah penyanyi itu di beberapa bandar utama di China seperti Chengdu, Guangzhou dan Nanjing.

Dalam pada itu, Ubai turut berkongsi keterujaan apabila melihat kesungguhan peminat yang sanggup beratur panjang walaupun dalam keadaan hujan demi melihat penyanyi kesayangan mereka secara langsung.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita ada tanggungjawab untuk buang benda salah yang dinormalisasikan dalam keluarga” - Shila Amzah

ARTIKEL BERKAITAN: “Nampak red flag, terus chow” - Shila Amzah nasihat adik sayang diri dulu sebelum orang lain

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan aura yang dibawa Shila sehingga mampu memberi pengaruh positif kepada peminat di negara berkenaan.

Malah, ada yang menyifatkan ia sebagai satu bentuk dakwah kecil yang dilakukan secara tidak langsung.

“Secara tak langsung Shila berdakwah, bukan sekadar hiburan,” tulis seorang pengguna.

“Shila memang mendunia! Bangga dengan dia,” ujar netizen lain.

Artikel Lain