suria

Dr Che Hafiz buka mulut jawab spekulasi rumah tangga dengan Julia Farhana… “Biasalah ada pasang surut”

Dr Che Hafiz tegaskan rumah tangga dia bersama Julia dalam keadaan baik.

SUAMI kepada pelakon Julia Farhana iaitu Dr Che Hafiz tampil membuka mulut menjawab kemelut rumah tangga mereka yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Dr Che Hafiz atau nama sebenarnya Che Muhammad Che Baharum, 32, menegaskan hubungannya dengan isteri masih berada dalam keadaan baik.

“Saya pun tak pasti sebenarnya macam mana boleh timbul spekulasi. Saya dengan Julia baik-baik saja.

“Biasalah dalam rumah tangga mesti ada pasang surutnya. Rumah tangga mana saja tak ada ujian.

Dr Che Hafiz mohon doa yang terbaik buat rumah tangganya. 

“Cuma apa yang saya boleh katakan kami baik sahaja. Saya minta semua doakan yang baik-baik,” katanya kepada mStar.

Dr Che Hafiz berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka All Star Influencer yang berlangsung di Kota Damansara, Selangor pada petang Sabtu.

Menjawab dakwaan mereka tidak beraya bersama tahun ini, dia menafikan perkara itu dan memberitahu Aidilfitri tetap disambut seperti biasa.

“Kami ada saja beraya, cuma tak kongsi gambar. Saya tak nak komen lebih-lebih.

ARTIKEL BERKAITAN: Julia Farhana dedah wanita berani goda suami depan matanya, tak risau kesetiaan Dr Che Hafiz 

ARTIKEL BERKAITAN: Suami pelakon Julia Farhana dituntut lunas hutang RM150,000

“Biasalah bila timbul spekulasi, kita perlukan masa untuk bertenang. Tapi pada masa sama kita tak boleh tutup pandangan masyarakat.

“Itu lumrah kehidupan. Bila berlaku sesuatu pasti ada benda yang timbul. Saya nak puaskan hati semua orang pun tak mampu.

“Apa yang saya boleh simpulkan, kami baik-baik saja,” ujarnya.

Berdepan dengan isu berkenaan, Dr Che Hafiz berkata dia memilih untuk melihat perkara tersebut daripada sudut positif.

Saya nak puaskan hati semua orang pun tak mampu

DR CHE HAFIZ

“Walau apa saja kita buat ada kebaikan dan keburukannya. Kalau nak cakap saya gelak, nanti nampak macam meremehkan pula. Jadi kita pandang perkara itu secara positif.

“Kalau saya tak muat naik gambar dengan mak saya pun, orang boleh cakap mak saya meninggal dunia,” katanya.

Sebelum ini, dunia hiburan kecoh apabila Julia dan Dr Che Hafiz dilihat tidak berkongsi foto bersama pada hari pertama Syawal, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Dr Che Hafiz dan Julia bernikah pada Disember 2022. 

Malah, pasangan itu juga didakwa sudah tidak lagi saling mengikuti akaun media sosial masing-masing.

Untuk rekod, Julia dan Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2022.

Sebelum ini, Dr Che Hafiz pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi Lufya Omar pada 26 November 2016 sebelum bercerai pada 17 Jun 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Laana Haura yang kini berusia tujuh tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain