suria

Suami pelakon Julia Farhana dituntut lunas hutang RM150,000

Hafiz didakwa telah diperintahkan untuk membuat pembayaran semula wang pelaburan.

SUAMI kepada pelakon Julia Farhana iaitu Dr Mohammad Che Hafiz Che Ibrahim didakwa gagal membayar semula wang pelaburan berjumlah RM150,000 kepada seorang wanita bagi menjalankan operasi sebuah klinik di Cyberjaya, Selangor.

Wakil peguam kepada plaintif iaitu Zawin Najah Badrul Hisham dari Nik Safia & Co berkata, perintah penghakiman telah pun dikeluarkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kepada Dr Che Hafiz dan seorang lagi rakan kongsi pada 10 Jun 2022 namun kedua-dua defendan dalam kes berkenaan dilihat sengaja melengkahkan bayaran.

"Plaintif meminta bayaran penuh kerana merasakan Hafiz mempu berbuat demikian," katanya kepada mStar ketika dihubungi pada Jumaat.

Tuntutan itu dibuat oleh plaintif berusia 34 tahun yang juga seorang doktor namun enggan mendedahkan identitinya.

che hafiz 2

Dr Che Hafiz didakwa sengaja melengahkan pembayaran.

Berkongsi mengenai perjanjian di antara plaintif dan defendan-defendan, Zawin menjelaskan ketiga-tiga mereka bertemu sekitar Julai 2021.

Mengikut perjanjian, plaintif bersetuju melabur sejumlah wang seperti disebut namun akhirnya terpaksa berputih mata apabila klinik yang sepatutnya beroperasi pada Januari 2022 tidak disiapkan.

Malah plaintif terpaksa menggunakan wang sendiri bagi membeli kelengkapan klinik tersebut dan memulakan operasi.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lufya Omar buat tuntutan mutaah RM1 juta terhadap bekas suami, proses sulh gagal capai kata sepakat

ARTIKEL BERKAITAN: Julia Farhana dedah sudah nikah Dr Che Hafiz 14 Disember lalu, minta doa dapat jadi pasangan sejati

Dalam pada itu, Zawin berkata, surat tuntutan pertama dikeluarkan pada 18 Mac 2022 sebelum notis pembatalan perjanjian dibuat pada 13 April tahun sama.

Bagaimanapun pihak plaintif gagal mendapat sebarang maklum balas dari defendan-defendan sehingga terpaksa memfailkan saman pada 24 Mei 2022.

"Sejak awal lagi tiada respons daripada mereka dan tiada fail pembelaan sehinggalah perintah mahkamah dikeluarkan barulah mereka memberi maklum balas. Sehinggalah perintah mahkamah dikeluarkan barulah mereka memberi maklum balas.

"Selain wang pelaburan tersebut, plaintif turut menuntut tunggakan gaji sebanyak RM16,000 bagi dua bulan awal klinik beroperasi," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain