suria

[V] Lufya Omar buat tuntutan mutaah RM1 juta terhadap bekas suami, proses sulh gagal capai kata sepakat 

KEMELUT di antara Lufya Omar dan Dr Che Hafiz memasuki episod baharu apabila pelakon dan penyanyi itu memfailkan tuntutan mutaah berjumlah RM1 juta terhadap bekas suaminya itu pada Khamis.

Dr Che Hafiz atau Che Muhammad Gafiz Che Baharum berkata, dia terkejut apabila menerima notis tuntutan berkenaan walaupun mereka sudah bercerai tiga tahun lalu.

"Saya nak minta maaf, perkara ini peribadi dan saya tidak mahu beri apa-apa kenyataan buat masa sekarang sebab menghormati isteri saya.

"Memang saya terkejut, apa-apa pun kita doakan yang terbaik. Semoga urusan semua pihak dipermudahkan," katanya kepada mStar.

WhatsApp Image 2023-03-02 at 11.15.30 AM

Lufya hadir ke mahkamah ditemani peguam.

Lufya dan Dr Che Hafiz sebelum itu hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi membuat penyerahan dokumen berkenaan tuntutan tersebut.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Dr Che Hafiz iaitu Abdul Hadi Mohamad Salleh memberitahu anak guamnya menerima notis tuntutan berkenaan pada Oktober tahun lalu.

Kata Abdul Hadi, Lufya dan Dr Che Hafiz sudah menjalani proses sulh sebelum ini namun kedua-dua mereka gagal mencapai kata sepakat berhubung tuntutan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hadir ke mahkamah dakwaan fitnah bekas suami dan Julia Farhana, Lufya Omar tak mahu lagi maruah dipijak

ARTIKEL BERKAITAN: Lufya dedah isu nafkah sudah lama berlarutan di mahkamah, bekas suami dan Julia Farhana dakwa difitnah berdepan tindakan

"Mutaah adalah sagu hati daripada bekas suami kepada bekas isteri selepas bercerai. Jadi Lufya ada membuat tuntutan berkenaan pada Oktober 2022 dan hari ini adalah bagi pengurusan kes selepas kedua-dua mereka gagal mencapai kata sepakat menerusi proses sulh.

"Setakat ini semua masih dalam proses perbincangan dan mahkamah yang akan menentukan mengikut syarat-syarat tertentu," ujarnya.

Sementara itu, Lufya atau Lutfyah Sheikh Omar, 38, yang turut hadir ditemani peguam kelihatan sugul dan mengelak daripada ditemu bual media.

Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

Selepas tiga tahun bergelar duda, Dr Che Hafiz berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain