suria

Shuhada masuk hospital, terpaksa buat CT scan kesan punca jatuh sakit 

Shuhada kini sedang menjalani rawatan di hospital.

SEMINGGU selepas diceraikan pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri jatuh sakit sehingga terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan pada Khamis.

Berkongsi perkara tersebut, Shuhada, 29, turut memohon maaf kerana terpaksa menangguhkan beberapa urusan berkaitan kerja disebabkan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

"Saya minta maaf sangat sebab tidak dapat beri kerjasama buat masa sekarang. Saya sedang menerima rawatan di hospital," katanya.

Shuhada memaklumkan perkara tersebut menerusi perkongsian di Instastory miliknya pada Khamis.

shuhada 22

Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon.

Sementara itu, adik kepada Shuhada iaitu Sofia, 25, pula memaklumkan kakaknya perlu menjalani pemeriksaan CT Scan dan masih belum mengetahui punca sebenar kesihatannya merosot.

Sofia berkata, pihaknya akan memaklumkan keadaan sebenar Shuhada apabila sudah mendapat kepastian selepas pemeriksaan dilakukan.

"Tolong kami beri ruang untuk langkah seterusnya. Kami akan beri kerjasama sepenuhnya," ujarnya ringkas ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto di mahkamah syariah, netizen puji Shuhada makin cantik... Hafidz Roshdi pula janji tak abai nafkah anak

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih berdikari tanpa harap bantuan sesiapa, Shuhada tampil bisnes atas talian ‘Satu Tak Cukup’

Sebelum ini, Shuhada turut meluahkan rasa marah terhadap isu orang ketiga dalam rumah tangga dipercayai ada kaitan dengan Athira Yuhada yang dikatakan pernah menjalinkan hubungan dengan Hafidz.

Kata Shuhada, selepas ini dia sendiri akan membuka mulut mengenai isu tersebut dan bukannya daripada orang lain.

"Penyondol akan sentiasa penyondol. Kali ini saya sendiri yang akan bercakap, bukan lagi dari orang lain selepas saya bercerai.

shuhada 33

Selasa lalu Shuhada hadir ke mahkamah syariah bagi memfailkan pengesahan lafaz cerai dibuat Hafdz.

"Semoga Allah ampunkan kau berdua," tulisnya.

Rabu minggu lalu, Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing.

Shuhada kemudian dilihat hadir ke mahkamah syariah bagi memfailkan proses pengesahan lafaz dibuat Hafidz terhadapnya pada 28 Februari lalu.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umur, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain