suria

Nurul Shuhada cedera di muka dipercayai ditumbuk Hafidz Roshdi… Polis sahkan terima laporan

SUSULAN perkongsian Nurul Shuhada Mat Shukri yang menerima rawatan di sebuah hospital pada pagi Khamis, ahli keluarga mengesahkan wanita itu dipercayai menjadi mangsa keganasan suaminya iaitu pelakon Hafidz Roshdi.

Ahli keluarga yang enggan namanya didedahkan memberitahu Hafidz menumbuk Shuhada beberapa kali sehingga dia mengalami kecederaan pada bahagian mata kiri dalam kejadian pada awal pagi tadi berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh, Selangor.

"Iya, itu adalah Shuhada dan dia telah ditumbuk oleh Hafidz.

"Kejadian berlaku awal pagi tadi. Mulanya berlaku pertengkaran dan kemudian Hafidz menumbuk Shuhada tiga kali pada bahagian muka," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

SHUE2 - 1

Hafidz menceraikan Shuhada menerusi panggilan telefon minggu lalu.

Dalam pada itu, sumber memberitahu akibat kejadian itu, Shuhada mengalami luka pada bahagian wajahnya dan terpaksa menerima jahitan kerana kecederaan tersebut.

“Selepas kejadian kami buat laporan polis dan bawa Shuhada ke hospital. Dia terpaksa menerima jahitan akibat luka pada muka.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuhada masuk hospital, terpaksa buat CT scan kesan punca jatuh sakit

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto di mahkamah syariah, netizen puji Shuhada makin cantik... Hafidz Roshdi pula janji tak abai nafkah anak

“Kami juga melakukan pemeriksaan CT scan bagi memastikan tiada sebarang kecederaan dalam. Shuhada sudah dibenarkan pulang dan tidak ditahan wad,” jelasnya.

Berkongsi keadaan terkini Shuhada, sumber berkenaan memaklumkan wanita itu masih dalam keadaan terkejut dan perlu masa untuk rehat.

“Shuhada masih terkesan dengan apa yang berlaku. Sekarang dia perlu masa rehat. Syukur keadaanya kini stabil,” ujar sumber tersebut.

SHUE1 - 1

Shuhada masih trauma dengan kejadian menimpanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa'aton Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Siasatan lanjut berhubung kejadian ini sedang giat dijalankan dan kita dalam proses untuk merakam percakapan mangsa.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain