suria

Filem Mentega Terbang bertentangan dengan akidah Islam, pihak terlibat akan dipanggil

Mentega Terbang cetus kontroversi.

SUSULAN kontroversi filem Mentega Terbang yang dikatakan menyentuh sensitiviti agama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mohktar memaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menjalankan siasatan dan meneliti keseluruhan kandungan filem berkenaan.

Menurut Na’im, hasil penelitian Jakim mendapati filem berkenaan bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

"Pihak Jakim telah diminta untuk mengemukakan ulasan secara terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada.

mentega2 - 1

Penggiat seni kreatif dinasihatkan berhati-hati dalam menghasilkan karya.

"Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga telah diminta untuk memanggil individu yang terbabit dengan penerbitan filem ini untuk urusan selanjutnya," katanya.

Na’im berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya pada malam Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu babi dan bapa restu anak pilih agama dalam 'Mentega Terbang'... Pengarah mohon tonton filem hingga habis

ARTIKEL BERKAITAN: Beto Kusyairy pegang watak Zuhal 6 bulan disebabkan PKP, 'Imaginur' sarat elemen hipnosis dan teka-teki

Dalam pada itu, Na’im turut menegaskan bahawa pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi dengan apa juga kandungan penerbitan yang mencemarkan kesucian agama.

Dia turut menasihatkam penggiat seni kreatif supaya berhati-hati dalam menghasilkan sesuatu karya.

Dalam masa sama, masyarakat juga perlu bijak memilih rancangan televisyen yang sesuai untuk ditonton seisi keluarga.

"Saya juga ingin menasihatkan kepada penggiat seni kreatif agar lebih berhati-hati dalam menerbit dan menyiarkan bahan kandungan kepada masyarakat agar matlamat Kerajaan menuju Negara Madani akan tercapai.

"Masyarakat awam juga dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam memilih rancangan TV untuk tontonan seisi keluarga samada di platform dalam talian mahupun mana-mana saluran agar tidak terdedah kepada unsur-unsur yang boleh menjejaskan akidah Islamiah," ujarnya.

Penelitian Jakim mendapati bahawa filem ini terdapat pertentangan yang jelas dengan akidah.

Terdahulu, filem Mentega Terbang menjadi bualan kerana menggambarkan seorang bapa yang berfikiran terbuka tidak menghalang anaknya untuk memilih agama yang mana perbuatan itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Pengarah filem tersebut iaitu Khairi Anwar bagaimanapun menyifatkan apa yang menjadi bualan orang ramai bukanlah gambaran sebenar yang ingin disampaikan dalam keseluruhan karya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain