suria

‘Pulau’ terpaksa potong 10 babak, sasar kutipan RM7 juta… Penerbit berharap dapat masuk panggung Terengganu

Filem Pulau terpaksa dipotong 10 babak.

PENERBIT filem Pulau iaitu Fred Chong mendedahkan produksi terpaksa memotong 10 babak dalam karya berkenaan susulan kontroversi sebelum ini.

Meskipun terpaksa memotong beberapa babak, produksi tetap meletakkan keyakinan untuk meraih sasaran kutipan sebanyak RM7 juta bagi filem ini.

Kata Fred, sebelum ini mereka hanya memperoleh sebanyak 70 pawagam menerusi Skim Wajib Tayang, namun kini filem berkenaan bakal ditayangkan di lebih 100 pawagam seluruh negara.

pulau1 - 1

Sewaktu sidang media tayangan perdana filem Pulau.

"Bagi mendapatkan klasifikasi PG13, kami terpaksa memotong 10 babak. Pada mulanya, Pulau mendapat tayangan 70 pawagam menerusi Skim Wajib Tayang.

"Tetapi pihak pengedar berjaya mendapatkan tayangan di 127 pawagam. Cuma, apabila Pulau diharamkan di sebuah negeri, jumlah berkurang kepada 124 pawagam," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terengganu larang tayang 'Pulau'... Belum masuk panggung penerbit dah rugi RM500 ribu

ARTIKEL BERKAITAN: Penerbit jawab dakwaan adegan lucah dalam 'Pulau', mahu promosi keindahan pantai dan masyarakat majmuk Malaysia

Fred berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media tayangan perdana filem Pulau yang diadakan di GSC Starling, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

Dalam pada itu, Fred memberitahu pihaknya masih menunggu keputusan rayuan membatalkan pengharaman tayangan filem tersebut di Terengganu.

Bercakap soal kerugian, Fred terus bersikap positif dan masih mengharapkan agar filem Pulau diterima ramai.

Bagi mendapatkan klasifikasi PG13, kami terpaksa memotong 10 babak.

FRED CHONG

PENERBIT

"Sejujurnya, kami masih berharap dan sudah menghantar rayuan seminggu lalu tetapi masih menunggu jawapan daripada kerajaan negeri.

"Soal kerugian, setakat ini kami tidak boleh cakap dan cuma berharap agar filem ini tidak berdepan kerugian. Cuma ada beberapa penaja telah menarik diri.

"Bagaimanapun, kami percaya Pulau adalah satu filem yang baik dan harus ditonton. Jadi, kami berharap agar peminat terbuka dengan filem ini," ujarnya.

Pada 9 Februari lalu, Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu telah mengutus sepucuk surat untuk tidak membenarkan tayangan filem Pulau di negeri berkenaan.

pulau2 - 1

Pelakon filem Pulau, dari kiri, Ikmal Amry, Amelia Henderson dan Alif Satar.

Keputusan ini dibuat atas alasan terdapat adegan unsur-unsur yang keterlaluan.

Sebelum ini, treler filem Pulau menerima kecaman banyak pihak kerana memperlihatkan beberapa adegan yang tidak sesuai untuk tontonan umum.

Pulau menampilkan barisan pelakon popular termasuk Alif Satar, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Annuar dan Mark O’Dea.

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 9 Mac depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain