Lokasi dekat dan kos murah terus meletakkan Thailand sebagai lubuk percutian kegemaran rakyat Malaysia. -Gambar hiasan AI
SEORANG wanita meraih perhatian hangat netizen selepas memuat naik satu pesanan penting buat rakyat Malaysia yang bakal melancong ke Thailand sepanjang bulan Jun ini.Menurutnya, banyak elemen 'pelangi' bakal muncul di seluruh negara jiran itu memandangkan Jun merupakan bulan sambutan Pride yang dikhususkan buat komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Dalam hantaran di Threads, dia memohon rakyat Malaysia agar tidak 'melenting' sekiranya berdepan situasi itu memandangkan Thailand bukanlah sebuah negara Islam.Thailand turut diberi jolokan syurga makanan oleh pelancong. -Gambar hiasan"Bukan sokong LGBT tapi nak maklumkan bulan Jun ni Pride month. Jadi dekat Thailand memang akan nampak benda ni di mana-mana, termasuk Hatyai."Biasanya hotel, pusat beli belah, kedai dan tepi jalan akan promote Pride month. Siap ada perarakan atas jalan. Kadang ada show dan konsert."Jadi tak payahlah tiba-tiba kau nak triggered pula. Dah memang mereka sambut, lagi pun Thailand bukanlah negara Islam," ujarnya.Wanita tular selepas kongsi pesanan kepada pelancong Malaysia di Threads.Dia meminta orang ramai tidak terkejut melihat elemen LGBT di Thailand sepanjang Jun.Menurutnya, Jun merupakan bulan khas untuk sambutan Pride bagi golongan LGBT.Netizen turut beri cadangan agar pelancong elak Thailand dan pilih destinasi lain.Ringkasan ini dijana oleh AISebelum ini, tular beberapa hantaran daripada segelintir rakyat Malaysia menyeru kempen boikot ke atas sektor pelancongan Thailand, gara-gara negara gajah putih itu secara terang-terangan mempromosikan sambutan Pride secara besar-besaran.Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat bersetuju dengan pandangan wanita itu.Malah, mereka turut meminta pelancong dari Malaysia agar belajar menghormati undang-undang serta budaya negara luar ketika berkunjung ke tempat orang.Kata netizen, golongan pelancong Malaysia yang terlampau sensitif dengan isu berkaitan LGBT sebenarnya mempunyai banyak lagi pilihan destinasi percutian lain untuk dikunjungi selain daripada Thailand.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda gay nekad berubah, teman wanita pula curang! Naluri songsang kembali membuak, pilih balik kampung elak buat ‘perangai’ lamaARTIKEL BERKAITAN: “Dah seminggu mati baru orang tahu” - Pernah tolak fitrah kahwin, lelaki bujang ditemukan kaku di tempat tidur"Betul dengan apa yang diperkatakan. Saya bukannya sokong benda ni, tapi tak semua negara agama rasmi mereka Islam. Jadi tak payah acah-acah kejutan budaya kalau tengok LGBT ni. Lagi pun dari dulu Thailand mesra LGBT."Susah orang zaman sekarang yang jenis minda tertutup. Dah terang-terang negara tu benarkan LGBT, lantaklah mereka nak buat apa."Bukan nak sokong komuniti pelangi, tapi kalau tak suka, tak payah pergi. Kau pergi je negara yang 100 peratus Islam," tulis netizen lagi.Bagaimanapun sebagai peringatan bersama, sebarang perbuatan berkaitan dengan amalan LGBT adalah tetap haram serta merupakan dosa besar di sisi agama.Maka, seluruh umat Islam dituntut untuk menjauhi serta tidak mengiktiraf budaya songsang berkenaan.