Sokongan rakan sebaya penting bagi membantu remaja yang baru kehilangan insan tersayang. -Gambar hiasan AI
KEHILANGAN insan tersayang pada usia yang begitu muda merupakan satu tamparan hebat buat sesiapa sahaja. Manakan tidak, pada saat rakan sebaya lain sedang seronok bermanja, ada insan terpilih yang terpaksa akur apabila nikmat untuk berkasih sayang bersama ibu ditarik buat selama-lamanya. Lebih menambah rasa pilu apabila mereka yang diselubungi kedukaan ini terpaksa berhadapan gurauan kasar serta ejakan daripada rakan yang tidak mempunyai rasa sensitif dan empati.Begitulah nasib malang yang menimpa seorang remaja berusia 15 tahun ini apabila ujian berat yang dilaluinya itu bertukar menjadi modal jenaka dan ejekan oleh rakan-rakan di sekolah.Kematian insan tersayang pasti memberi tamparan hebat pada sesiapa sahaja. -Gambar hiasan"Saya baru tingkatan tiga dan mak dah meninggal dunia. Kadang-kadang rasa penat juga apabila kawan asyik buat lawak pasal mak dah meninggal."Ada yang perli dan kadang-kadang kutuk, penat sangat," luahnya dengan nada cukup sayu di Threads.Mengadu tentang penderitaan batinnya, buli lisan yang dialami saban hari di sekolah sering kali membuatkan air matanya tumpah mengenangkan nasib diri setiap kali tibanya waktu malam.Baginya, tiada seorang anak pun di dunia ini yang mahu diri mereka bergelar yatim pada usia mentah."Malam-malam saya menangis apabila fikirkan perkara ni dan dalam hati akan berkata... aku tak minta pun semua benda ni," adunya penuh kecewa dan hiba.Remaja lelaki berusia 15 tahun kehilangan ibu pada usia muda.Dakwa sering diejek dan dijadikan bahan lawak oleh rakan sekolah.Buli lisan itu menyebabkan dia kerap menangis pada waktu malam.Sudah cuba mengabaikan usikan, namun semakin tertekan apabila ia berulang.Netizen mengecam sikap rakan-rakannya dan menasihatinya supaya bertegas serta mencari sokongan daripada orang sekeliling.Ringkasan ini dijana oleh AIBimbang situasi toksik yang berlaku itu akan terus membebankan kesihatan mental diri sendiri, dia akhirnya memilih untuk meluahkan isi hati di media sosial demi mendapatkan sedikit kata-kata sokongan daripada netizen.Tambahan pula, remaja ini mengakui bahawa dia sudah sehabis baik berusaha untuk mengabaikan perkara tersebut sejak pertama kali menerima ejekan daripada rakan-rakan.Namun malangnya, dia tidak mampu menahan rasa dan semakin tertekan dengan usikan keterlaluan rakan-rakannya itu."Saya dah cuba ignore, tapi apabila lama-lama tak tahan juga," katanya menjelaskan situasi yang dialami sehingga terpaksa membuat luahan di media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tiada empati bengang janda suami telefon pukul 4 pagi beritahu anak masuk hospital - “Tak ada masa lain nak call?”ARTIKEL BERKAITAN: Gadis musykil kawan B40 tapi hidup gaya T20, siap ‘terpaling’ Apple... Terus terdiam lepas ‘skodeng’ rumah!Walaupun identiti sebenar dan lokasi sekolah pelajar berkenaan tidak didedahkan, perkongsian tersebut rata-ratanya mengundang rasa simpati yang mendalam dalam kalangan warga maya.Malah, ramai yang mengecam tindakan biadab rakan-rakannya yang dianggap langsung tidak mempunyai empati dan adab moral, terutamanya melibatkan isu kematian ibu kandung."Awak kena bertegas supaya orang yang buat lawak ni tahu menghormati situasi yang dialami."Itu bukan kawan, perkara berkaitan kematian pun sanggup dibuat lawak, cari kawan lain."Kuatkan semangat awak, kalau tak selesa dengan cara mereka, awak perlu berterus terang," demikian reaksi netizen.