suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis musykil kawan B40 tapi hidup gaya T20, siap ‘terpaling’ Apple... Terus terdiam lepas ‘skodeng’ rumah!

Ramai menilai tahap kehidupan seseorang menerusi peranti dan barang yang dimiliki. -Gambar hiasan AI

GAYA hidup mewah seseorang pasti akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya.

Tambahan pula apabila kemewahan yang dinikmati itu dilihat tidak selari dengan latar belakang atau keadaan sebenar kehidupan yang diketahui oleh orang sekeliling.

Melihat sendiri situasi sedemikian, seorang gadis akhirnya meluahkan kehairanan selepas mendapati rakan yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dapat mengamalkan gaya hidup seperti golongan T20.

Bagi gadis ini, gaya hidup tersebut bukan sahaja kelihatan tidak padan dengan taraf keluarga, malah rakannya itu juga sedang menuntut di sebuah universiti swasta.

Anak muda masa kini gemar menjalani gaya hidup mewah dan berkongsi di media sosial. -Gambar hiasan AI

Anak muda masa kini gemar menjalani gaya hidup mewah dan berkongsi di media sosial. -Gambar hiasan AI

"Kawan aku ni B40 tapi lifestyle dia macam T20. Aku pelik sebab dia tinggal dengan ibu dia je tapi kehidupan macam orang kaya.

"Ibu dia pula kerja biasa dan bergaji rendah, sedangkan dia belajar di universiti swasta," luahnya di Thread.

Menurut gadis ini lagi, rakannya itu bukan sekadar menikmati makanan mewah setiap hari tetapi turut memiliki peranti terkini dan berjenama seperti iPhone 16, iPad dan MacBook.

Mengakui terlalu ingin mengetahui mengenai kehidupan rakannya itu, dia mengambil keputusan untuk bertandang ke rumah individu tersebut.

  • Gadis hairan rakan B40 hidup mewah seperti golongan T20.
  • Dakwa pelajar universiti swasta itu miliki iPhone 16, iPad dan MacBook.
  • Tertanya-tanya dari mana datangnya sumber kewangan rakannya.
  • Syak kemewahan itu mungkin hasil bantuan teman lelaki.
  • Netizen kecam, anggap pengadu suka jaga tepi kain orang.

Namun, apa yang mengejutkan adalah apabila dia mendapati rakannya itu sebenarnya hanya tinggal di sebuah rumah lot kedai.

"Situasi tu buatkan aku tertanya-tanya sampai beranggapan dia menggunakan duit teman lelaki.

"Teman lelaki dia memang selalu berbelanja untuk dia tapi kehidupan pun biasa-biasa je. Jadi daripada mana kemewahan yang dia peroleh tu," kongsinya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak senang tengok media sosial kawan sendiri, mudah terbit rasa cemburu - “Nak elak dengki, aku unfollow dia”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa mak ayah aku tak bagi?” - Gadis cemburu tengok kawan dapat kereta dan tanah lot, tak perlu kerja keras untuk hidup mewah

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, yang rata-ratanya menyelar tindakannya dan menyifatkan dia terlalu gemar 'menjaga tepi kain orang'.

"Tak payahlah sibuk pasal member tu, apabila cerita di media sosial, orang akan fikir buruk pasal rakan awak.

"Kau cemburu dengan kehidupan rakan ke sebab kau tak dapat apa yang kau nak?

"Kau nak syak apa? Budak sekarang pandai cari duit dengan buat affiliate dan jadi model," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain