suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kenapa mak ayah aku tak bagi?” - Gadis cemburu tengok kawan dapat kereta dan tanah lot, tak perlu kerja keras untuk hidup mewah

Usaha keras demi masa depan ialah kunci utama untuk membina kehidupan yang lebih stabil, bahagia, dan bermakna. -Gambar hiasan AI

MELIHAT rakan sebaya dengan mudah menikmati pelbagai kemudahan hidup hasil bantuan keluarga sememangnya boleh mencetuskan rasa cemburu di dalam hati sesiapa sahaja.

Perasaan rendah diri itu pastinya akan semakin bercambah apabila melihat diri sendiri terpaksa berhempas-pulas untuk mencapai tahap kesenangan yang sama.

Begitulah luahan sayu seorang gadis yang mengakui emosinya terganggu  selepas mendapati majoriti rakan terdekatnya menerima pelbagai bentuk kemewahan dan bantuan daripada ibu bapa masing-masing.

"Kenapa kawan-kawan aku semua, parents mereka yang belikan kereta, bagi tanah dan rumah, siap bayarkan loan belajar. Tapi mak ayah aku pula tak ada (lakukan sedemikian)," luahnya penuh terkilan di Thread.

Perkongsian rakan sebaya kadang kala mencetuskan rasa cemburu. -Gambar hiasan AI

Perkongsian rakan sebaya kadang kala mencetuskan rasa cemburu. -Gambar hiasan AI

Merasakan seolah-olah dipencilkan ibu bapa, gadis ini turut mengakui situasi tersebut membuatkan selama ini menganggap dirinya seorang yang gagal kerana terpaksa berusaha keras untuk mendapatkan apa yang dimiliki.

Tambahan pula, bebanan kewangan yang dialami menambahkan tekanan dalam dirinya berbanding rakan.

"Aku ingatkan aku seorang yang loser sebab selama ni struggle gila nak dapatkan semua tu. Kawan-kawan pula rileks je, tahu-tahu mak ayah mereka bagi tanah dan sebagainya," luahnya dalam nada kecewa.

  • Gadis cemburu lihat rakan dibantu ibu bapa.
  • Ramai dapat kereta, rumah, tanah dan bayaran pinjaman belajar.
  • Rasa diri gagal kerana terpaksa berusaha sendiri.
  • Tertekan apabila banding hidup dengan rakan sebaya.
  • Netizen nasihat syukuri rezeki dan jangan suka membandingkan diri.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menitipkan pesanan supaya dia tidak membandingkan perjalanan hidup sendiri dengan orang lain.

Tidak kurang juga yang menyatakan setiap individu mempunyai latar belakang dan rezeki berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda sedih keluarga berpecah belah, miskin! Cemburu tengok kemewahan sepupu T20, idam ‘privilege’ anak orang kaya

ARTIKEL BERKAITAN: Individu ada 16 beradik saran golongan B40 hadkan 2 zuriat, ibu bapa pun lebih waktu berkualiti tengok anak membesar

"Setiap orang berbeza rezekinya, walaupun mak ayah kurang daripada segi kewangan tapi mereka kaya dengan kasih sayang.

"Membandingkan kehidupan kita dengan orang lain adalah pembunuh pada kegembiraan hidup.

"Harta yang kita cari sendiri akan beri kita kepuasan yang berbeza," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain