suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Izin tumpang sebab rumah dekat dengan universiti, wanita terkedu adik perempuan sanggup ‘panjat’ tubuh abang ipar

Dalam Islam, ipar adalah bukan mahram justeru batas pergaulan wajib dijaga dengan ketat untuk mengelakkan fitnah. -Gambar hiasan AI

KEPENTINGAN menjaga batas pergaulan tidak seharusnya dipandang remeh walaupun sesama ahli keluarga sendiri.

Menurut seorang wanita, dia tidak menyangka adik perempuan serta suaminya sanggup melakukan perbuatan terkutuk di belakangnya.

"Adik tinggal di rumah aku sebab senang dan dekat untuk dia pergi universiti. Suami pun setuju. Mula-mula nampak normal. Tapi lama-lama, perasan dia makin rapat dengan suami aku.

Ramai wanita tidak rela rumah mereka didiami oleh ahli keluarga yang lain demi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. -Gambar hiasan AI

"Rapat yang tak normal. Gelak lebih-lebih, duduk sebelah, keluar dapur sama-sama apabila aku masuk bilik. Apabila aku tegur, suami kata aku overthinking," ujarnya.

Bagaimanapun, perbuatan mereka berdua akhirnya terbongkar pada hari wanita itu balik kerja lebih awal daripada kebiasaan.

"Rumah sunyi tapi kasut mereka ada. Apabila aku buka pintu, aku nampak benda yang sampai sekarang aku tak boleh lupa.

  • Wanita dakwa adiknya menjalinkan hubungan terlarang dengan suaminya.
  • Kejadian itu bermula selepas adik perempuannya menumpang rumahnya.
  • Dia mula syak sesuatu tidak kena selepas menyedari kemesraan antara mereka berdua.
  • Perbuatan mereka terbongkar selepas wanita itu pulang kerja awal daripada kebiasaan.

"Adik sendiri dengan suami. Yang sakit, orang yang aku bagi tempat berlindung rupanya orang yang hancurkan rumah tangga aku," tulisnya lagi.

Wanita itu bagaimanapun tidak berkongsi lanjut bila kejadian berkenaan berlaku serta kesudahan kisah dia dan suaminya.

Hantaran di Threads itu mengundang pelbagai reaksi netizen, malah mereka turut menyamakannya seperti babak dalam filem.

ARTIKEL BERKAITAN: Skandal suami rayu jadi isteri kedua, mahu anak dikandung ada bapa sah... Wanita serba salah fikir nasib bayi tak berdosa

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit lepas gugur belum sembuh, skandal suami ‘masuk jarum’ nak jadi madu! Kacau rumah tangga sampai bercerai-berai

"Kesimpulannya, tak perlu ada orang lain dalam rumah kita walaupun adik-beradik.

"Sepatutnya tak payah bawa adik tinggal sekali. Lainlah kalau adik lelaki. Ni berlainan jantina.

"Ini seperti kisah saya dengan suami saya dulu," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain