suria

Pemuda sedih keluarga berpecah belah, miskin! Cemburu tengok kemewahan sepupu T20, idam ‘privilege’ anak orang kaya

Jalan hidup setiap orang berbeza mengikut latar belakang keluarganya. -Gambar hiasan AI

TIADA semua orang bertuah dilahirkan dalam sebuah keluarga berada tanpa perlu melalui kepayahan hidup.

Seperti lelaki ini, dia berasa cemburu apabila melihat kehidupan sepupunya dan meluahkan keinginan merasai privilege duduk dalam keluarga T20. 

Baginya, mereka yang berada dalam kelompok itu pasti meniti 'karpet merah' dalam setiap aspek kehidupan.

"Sepupu aku mak dia T20, masa sambung belajar dia tak ambil pun PTPTN, mak dia bayarkan yuran setiap semester.

Setiap orang boleh mencapai kejayaan atas usahanya sendiri. -Gambar hiasan AI

Setiap orang boleh mencapai kejayaan atas usahanya sendiri. -Gambar hiasan AI

"Dia belajar diploma tapi bawa Honda Jazz dan masa sambung ijazah, mak dia belikan kereta Suzuki Swift untuk kegunaan semasa praktikal di Indonesia.

"Dia sambung master dan lepas habis belajar terus dapat kerja jadi arkitek, masa beli rumah pula, mak dia topup deposit down payment," luahnya di Threads.

Membandingkan situasi dialami, dia berasal dari keluarga yang berpecah belah malah terpaksa melakukan kerja sambilan semasa melanjutkan pelajaran di universiti.

"Arwah mak ayah aku bercerai dan aku sambung belajar tanpa ambil PTPTN sebab takut hutang.

  • Lelaki banding hidup sendiri dengan sepupu keluarga T20.
  • Sepupu belajar tanpa PTPTN, kereta dan kos ditanggung keluarga.
  • Dakwa golongan berada lalui laluan ‘karpet merah’ pendidikan, kerjaya.
  • Dia pula susah, kerja sambilan, pernah tidur masjid & catu makan.
  • Netizen beri semangat, kongsi kisah bermula dari kosong jadi T20.

"Aku cari kerja di negeri orang sebab itu sahaja cara untuk keluar dari kesusahan, aku pernah tidur dekat masjid dan atas motosikal tepi hentian bas sebelum dapat bilik sewa," luahnya pilu.

Lebih menyedihkan dia terpaksa mencatu makan selepas membayar wang deposit bilik sewa untuk tempoh tiga bulan.

Menyedari onak duri terpaksa dilalui untuk mengubah nasib dan kehidupan, pengadu turut meluahkan keinginan memperoleh 'privilege' seperti sepupunya itu.

"Kalau aku fikir kuasa tuhan dan privileged aku lebih memilih privileged," tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gaji 45k dedah grup T20 tak suka menonjol, tak ajak orang jadi kaya- “Jangan tertipu dengan media sosial boleh?”

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki dedah beza ‘mindset’ T20, B40 lepas buat ‘eksperimen‘... Baru tahu kenapa orang kaya makin mewah, individu miskin terus fakir

Perkongsian perjalanan hidupnya yang penuh liku itu mendapat perhatian warga maya dengan rata-ratanya menitipkan kata-kata semangat.

Selain mendoakannya, seorang individu tampil berkongsi realiti kehidupan ibu dan bapanya sebelum bergelar T20.

"Mak ayah saya macam abang juga masa awal-awal belajar, bermula dari kosong dan apa saya perasan, mereka yang bermula dari kosong ni lebih amanah apabila ada kuasa.

"Jadikan itu sebagai pemangkin semangat untuk awak berjaya dan menjadi seorang T20 tanpa mengharapkan privilege sesiapa," antara komen netizen.

Artikel Lain