SEORANG wanita buntu apabila mengenangkan hubungan cintanya dengan kekasih berdepan halangan daripada keluarga lelaki tersebut yang seolah-olah kurang senang dengan kehadirannya.Ceritanya, pertemuan pertama dengan ibu bapa teman lelakinya menjadi pengalaman kurang menyenangkan apabila dia dilayan dingin dan seperti tetamu tidak diundang. Tidak hanya itu, soalan sensitif yang dianggap tidak sesuai ditanya pada pertemuan tersebut turut membuatkan dia berasa tidak selesa.Ini termasuk soalan mengenai sama ada dia melakukan solat lima waktu setiap hari. Ada sebahagian ibu bapa tidak menyukai bakal menantu yang tidak menutup aurat. -Gambar hiasan AI"Soalan pertama ditanya bukan fasal latar belakang atau berkaitan hal peribadi tapi terus tanya sama ada saya solat atau tak."Saya faham itu penting tapi cara dan masanya buat saya rasa tidak selesa. Saya betul-betul buntu sekarang," katanya. Tidak hanya itu, dia mendakwa turut dinilai berdasarkan masa lalu termasuk penampilan ketika tidak bertudung sebelum ini.Dia merasakan tidak adil dilayan berdasarkan 'dirinya' yang lama kerana sedang berusaha berubah menjadi insan lebih baik.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dedah derita 7 tahun jadi ‘tawanan’ kekasih budak surau.. Pernah ugut nak bunuh famili jika ajak putus cintaARTIKEL BERKAITAN: Wanita hampir masuk ‘jerat’... Bakal suami dipaksa buat loan RM100,000, rupanya keluarga kekasih nak bayar hutang ah long"Pertama kali jumpa pun dah ada persepsi negatif. Mereka tak suka cara saya bercakap dengan mereka, dan tahu saya pernah free hair dulu."Sekarang saya sudah cuba berubah ke arah lebih baik. Sudah pakai tudung sepenuhnya," ujarnya.Meskipun keluarga kekasih tidak menyukainya namun dia bersyukur kerana teman lelaki tetap mempertahankan hubungan malah menyuarakan hasrat menyuntingnya sebagai isteri."Tapi dalam masa sama saya sedih sangat kenapa mak ayah dia boleh nilai saya macam itu sedangkan baru pertama kali berjumpa.Wanita buntu apabila hubungan cintanya tidak direstui keluarga kekasih.Pertemuan pertama hambar, dia terus ditanya soal solat hingga rasa tak selesa.Dia didakwa dinilai berdasarkan masa lalu walaupun sudah berubah.Pasangannya tetap mempertahankan hubungan dan mahu berkahwin.Netizen minta dia bersabar, yakin perubahan akan diterima nanti.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya tahu saya tak sempurna tapi tengah usaha jadi lebih baik. Susah bila kita sudah cuba berubah tapi masih tak diterima," jelasnya.Sementara itu, netizen meminta wanita berkenaan bersabar kerana mereka yakin ibu bapa lelaki itu akan menyedari perubahan dilakukan dan pertemuan tersebut sebagai 'ujian'."Tiada masalah pun dengan soalan mak ayah dia, lagi pun nak kahwin mesti kena pentingkan hal agama."Awak cuma perlu bersabar, insya-Allah kalau ikhlas mereka akan nampak usaha awak," komen warga maya.