TUJUH tahun bukanlah satu tempoh yang singkat, apatah lagi jika setiap detik itu dilalui dalam ketakutan.Itulah yang dialami oleh seorang wanita apabila akhirnya terbuka untuk berkongsi sisi gelap hubungannya dengan bekas kekasih yang disifatkan sebagai seorang yang 'psiko'.Segalanya bermula ketika pengadu baru mencecah usia 18 tahun, fasa di mana dia pertama kali belajar hidup berdikari di kampus dan mula mengenali erti kebebasan.Katanya, dia mula tertarik dengan imej bersih lelaki tersebut yang kelihatan alim dan sering ke surau.Ada sebahagian cinta kampus tidak berakhir seperti yang diharapkan. -Gambar hiasan AI "Terjatuh cinta dengan seorang lelaki nerd, budak surau dan pakai cermin mata tebal. Tapi lepas tiga bulan dia mula tunjuk perangai psiko. "Dia suka ugut bunuh diri, tak boleh lambat balas mesej, tak boleh ada kawan lelaki, kawan perempuan pun tak boleh takut kawan tu ada kawan lelaki," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri menggigil suami kira satu sampai 10, ugut guna taklik kalau tak tutup pintu kereta... Siap gertak cerai talak tiga!ARTIKEL BERKAITAN: “Ugut cerai pun, esok peluk balik” - Lelaki mengaku isteri pilihan ‘tangkap muat’, kahwin sebab penat kejar cinta wanita lainTambahnya, bekas teman lelakinya juga melarang dia daripada keluar dengan keluarganya sendiri.Apabila rasa terkongkong itu menjadi tidak tertanggung, dia cuba untuk memutuskan hubungan tersebut, namun tindakan berkenaan hanya memburukkan keadaan."Dia ugut nak bunuh satu keluarga aku, jadi aku terperangkap sebagai pasangan couple selama tujuh tahun sebab takut."Lagi pun dia pernah datang rumah aku dan tahu alamat keluarga," katanya.Detik kemuncak yang paling mencemaskan berlaku apabila hubungan itu akhirnya sampai di penghujung, namun bekas kekasihnya masih belum mahu melepaskan.Dia mendapati lelaki itu sudah menanti di hadapan rumah sewanya."Apabila aku nampak dia, aku terus masuk kereta dan pandu keluar. Masa ni berlaku aksi kejar mengejar, aku memang takut sangat."Tiba-tiba dapat ilham, aku terus pandu ke balai polis. Sampai je aku terus cerita apa yang terjadi. Selesai buat laporan dia masih tunggu aku," katanya.Wanita terperangkap 7 tahun dalam hubungan toksik.Bekas teman lelaki kuat cemburu dan suka mengugut.Mangsa diancam bunuh keluarga jika putus.Berlaku aksi kejar sebelum mangsa lari ke balai polis.Kini nasihat orang ramai utamakan keselamatan diri.Ringkasan ini dijana oleh AIKeberanian lelaki itu seakan tidak ada hadnya apabila dia dengan selamba masuk ke dalam balai polis untuk mencabar tindakan wanita tersebut."Dia tanya polis, aku buat laporan apa. Polis minta dia keluar tapi dia meninggi suara sebelum kena halau. Sejak hari tu dia dah tanggu aku lagi," katanya lega kerana gangguan itu akhirnya terhenti di situ.Kini, selepas segalanya berakhir, dia mengakui kesilapan terbesarnya adalah membiarkan penderitaan itu menjadi rahsia peribadi demi menjaga imej lelaki tersebut.“Aku simpan semua sebab nak jaga aib dia, kononnya bakal jadi suami. Orang sekeliling ingat dia baik, alim, budak surau.“Sepatutnya apabila dia mula ugut, saya terus buat laporan polis. Tapi saya bertahan bertahun-tahun. Memang silap besar,” katanya.Dia kemudian menitipkan pesanan kepada golongan muda agar tidak berdiam diri jika berdepan pasangan yang bersikap mengongkong atau mengeluarkan ugutan.