suria

Isteri menggigil suami kira satu sampai 10, ugut guna taklik kalau tak tutup pintu kereta... Siap ugut cerai talak tiga!

Suami dilarang bermain-main dengan perkara yang boleh menjatuhkan talak. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan kebimbangan mengenai statusnya sebagai isteri selepas suaminya mengeluarkan ugutan berkaitan talak.

Menurutnya, mereka baru mendirikan rumah tangga kira-kira empat bulan lalu dan suaminya meletakkan syarat berbentuk taklik secara ugutan.

Tambahnya, suaminya kerap memberi amaran bahawa talak akan jatuh dalam hal yang dianggap remeh.

"Suami ada letakkan taklik secara ugutan, kalau pintu kereta tak tutup dalam masa 10 saat, akan jatuh talak. 

Mahkamah adalah tempat yang bakal menentukan status perkahwinan yang diragui. -Gambar hiasan AI

Mahkamah adalah tempat yang bakal menentukan status perkahwinan yang diragui. -Gambar hiasan AI

"Dia memang kira sampai 10. Jadi saya sekarang keliru sama ada talak itu sudah jatuh atau tidak," katanya.

Situasi itu menyebabkan dia bertindak melarikan diri seketika kerana panik dan bimbang akan keselamatan diri.

"Suami ada hantar mesej ugut nak lafaz talak tiga kalau saya tak datang dalam masa yang diberitahu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya geram sebab dia tidur” - Lelaki cerita punca cerai isteri, tetap lafaz talak tiga walau hanya sekali tak masak

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas dicerai talak tiga, wanita dekati bapa perosak rumah tangga... Cinta berputik di kota Makkah - “Kau kejam, aku lagi kejam!”

"Tapi dia kata sebenarnya dia tak lafazkan pun," katanya yang berkongsi mesej tersebut.

Mesej itu mengatakan wanita tersebut perlu balik ke rumah sebelum 1.30 pagi, jika tidak dia akan diceraikan talak tiga.

"Malam ini akan jadi malam akhir kita boleh bersama. 1.30 pagi awak tiada faham-faham la. 

  • Wanita risau status perkahwinan selepas suami kerap ugut talak.
  • Taklik dibuat atas perkara remeh seperti pintu kereta.
  • Isteri panik dan lari kerana bimbang keselamatan diri.
  • Suami hantar mesej ugut talak tiga, namun dakwa tidak lafaz.
  • Netizen nasihat rujuk mahkamah syariah untuk kepastian.

"Awak ada 10 minit lagi, nanti awal tahu la talak tiga ka tak. Takpe la saya dah bengang dengan perangai awak," mesej lelaki itu.

Susulan mesej tersebut, dia kini mencari kepastian berhubung status perkahwinannya, khususnya sama ada ugutan taklik pertama dan mesej dihantar itu boleh dianggap sebagai lafaz talak.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai yang menasihatkan wanita itu mendapatkan penjelasan daripada pejabat agama atau mahkamah syariah bagi memastikan kedudukan sebenar perkahwinan mereka.

"Nampak macam taklik. Baik pergi mahkamah untuk sahkan. Jangan buat main talak tiga. Silap-silap dah jatuh talak jadi haram dah," nasihat netizen.

Artikel Lain