suria

Lepas dicerai talak tiga, wanita dekati bapa perosak rumah tangga... Cinta berputik di kota Makkah - “Kau kejam, aku lagi kejam!”

Setiap individu yang pernah melalui episod penceraian berhak untuk mengecapi bahagia bersama pasangan baharu. -Gambar hiasan AI

BUAT baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.

Ungkapan tersebut sesuai bagi menggambarkan kisah tular di laman Threads mengenai tindakan seorang wanita yang membalas dendam kepada si penyondol gara-gara rumah tangganya diganggu hingga runtuh. 

Perkongsian kisah wanita itu dimuat naik seorang individu yang merupakan rakannya, untuk dijadikan pengajaran kepada orang ramai.

Kehadiran orang ketiga menjadi antara punca utama sesebuah perkahwinan musnah. -Gambar hiasan

"Laki (suami) kawan saya disondol, tahun lepas... sampai (mereka) bercerai. Kemudian kawan saya sondol pula bapa kepada perempuan yang menyondol laki dia.

"Sekarang kawan saya tu sudah pun berkahwin dengan bapa kepada perempuan (penyondol) tu. 

"Tapi bekas suami dia dengan perempuan tu belum kahwin. Kawan saya cakap... seronok apabila tengok orang yang kita sayang kena sondol.

"Sekarang kau (penyodol) dan mak kau boleh menangis macam aku dulu. Kau kejam, aku lagi kejam," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan baik sembunyi perangai ‘penyondol’ di sebalik tudung labuh, suka ‘try’ suami orang! - “Selama ni saya tertipu”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak tahan tengok kakak jadi ‘penyondol’, hanyut dalam cinta suami orang - “Saya cari isteri lelaki tu”

Menurut individu itu, rakannya yang berusia 42 tahun diceraikan dengan talak tiga oleh bekas suaminya dek tergila-gilakan wanita yang jauh lebih muda, tanpa memikirkan mereka masih mempunyai anak kecil.

Apa yang lebih mengejutkan, individu tersebut berkata rakannya pernah merayu-rayu kepada wanita berkenaan dan ibunya agar tidak mengganggu rumah tangganya namun langsung tidak diendahkan.

  • Seorang wanita menjadi mangsa penyondol hingga rumah tangganya runtuh.

  • Dia diceraikan dengan talak tiga kerana wanita lebih muda.

  • Wanita itu pernah merayu ibu kepada penyondol tetapi dibalas dengan kata-kata menyakitkan.

  • Wanita itu balas dendam dengan cara tidak disangka iaitu berkahwin dengan bapa kepada perempuan yang menyondol bekas suaminya.

  • Netizen menyokong tindakan wanita itu dan menganggap ia kifarah untuk penyondolnya.

"Apabila saya tanya tak kesian ke dekat mak penyondol? Jawapan yang kawan saya bagi 'tidak'. Sebab masa anak dia jadi penyondol, mak penyondol tu cakap... kau yang tak pandai jaga laki.

"Kawan saya cari pula bapa perempuan tu. Awalnya mungkin nak balas dendam, tapi lelaki tu baik sangat. 

"Dipendekkan cerita, kawan saya pergi umrah awal tahun hari tu. Mereka terjumpa di Makkah. Balik KL mula rapat, masing-masing jatuh cinta. Empat bulan lepas mereka dah kahwin," kongsinya lagi.

Sebahagian daripada komen netizen.

Perkongsian wanita berkenaan meraih ribuan shares dan komen, dengan rata-rata netizen menyokong rakannya sambil menyifatkan apa yang berlaku kepada penyondol berkenaan adalah kifarah.

"Pertama kali aku setuju dengan dendam macam ni.

"Yup, main bapa je sekarang. Kalau nak menyondol make sure kau yatim piatu. Kalau tak, aku jadi mak tiri kau. 

"Ini mungkin salah tapi saya rasa tak salah," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain