TINDAKAN segelintir penunggang motosikal berkuasa tinggi memasang lampu spotlight sepanjang masa menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna jalan raya.
Menerusi satu hantaran di Thread, seorang individu mempersoalkan keperluan kumpulan ‘geng motor besar’ berbuat demikian tanpa mengira waktu dan keadaan jalan.
"Maaf nak tanya, apa keperluan geng motor besar ni pasang spotlight sepanjang masa ya?

Tangkap layar yang dikongsikan individu terbabit.
"Rasanya ada tempat dan waktu yang sesuai baru okey untuk nyalakan," ujarnya.
Bagi individu itu, tindakan memasang lampu tersebut akan mengganggu pengguna jalan raya yang lain kerana menyebabkan pandangan terhalang akibat silau cahaya terutama mereka yang bergerak dari arah bertentangan.
ARTIKEL BERKAITAN: Penunggang tak reti sabar, penting diri! Pemandu bagi ‘signal’ tukar lorong tetap kena hon - “Mat motor nak apa sebenarnya?”
ARTIKEL BERKAITAN: Lagak hero salah tempat! Penunggang superbike dikecam tak peka info trafik semasa, susahkan pengguna NKVE nak pergi kerja
Malah dia berharap pemilik motosikal berkuasa tinggi dapat bertoleransi dan berhenti menggunakan lampu yang mengganggu penglihatan.
"Toleransi la sikit dengan pengguna jalan raya yang lain," ujarnya lagi.
- Lelaki tegur geng motor besar pasang spotlight sepanjang masa.
- Katanya lampu terlalu terang hingga silau pemandu dari arah bertentangan.
- Minta penunggang lebih bertoleransi dan guna pada waktu sesuai saja.
- Sertakan gambar penunggang dengan lampu terang sebagai bukti.
- Netizen setuju, anggap tindakan itu menyusahkan dan pentingkan diri.
Bagi menjelaskan situasi dialami, dia turut memuat naik gambar skrin komputer yang menunjukkan rakaman seorang penunggang motosikal besar dengan lampu terang menyilaukan pandangan di jalan raya.
Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan teguran itu.

Warga maya bersetuju dengan pandangannya.
"Lampu ni untuk keselamatan penunggang tapi keburukannya adalah silau kepada pemandu di laluan bertentangan.
"Mereka mana fikir orang lain, main pasang je lampu tu 'tembak' orang depan tanda pemilik penting diri.
"Spesis yang semua orang tahu dia je ada lampu foglamp siang malam sedangkan ia sesuai untuk digunakan kalau cuaca berkabus sahaja," demikian reaksi netizen.


