suria

Bonus bukan segalanya... Wanita nekad lepas jawatan sebelum dapat ‘durian runtuh’, sedar diri hasil kerja tak capai KPI

Prestasi yang tinggi boleh membuka peluang untuk kenaikan pangkat, gaji, dan latihan tambahan. -Gambar hiasan AI

KEPUTUSAN untuk melepaskan kerjaya sedia ada terutama bagi jawatan tetap sering kali menjadi titik tolak yang kritikal dalam diri seseorang.

Kestabilan kewangan dan peluang masa depan antara perkara utama perlu dipertimbangkan terutama mereka yang sudah berkahwin.

Namun bagi seorang wanita, keputusan untuk melepaskan jawatan terpaksa dibuat kerana menyedari prestasi kerja semakin merudum.

Bebanan kerja membuatkan ramai pekerja sanggup melepaskan jawatan. -Gambar hiasan

Bebanan kerja membuatkan ramai pekerja sanggup melepaskan jawatan. -Gambar hiasan

"Kesian pada pasukan sendiri sebab aku tak perform dah sekarang, lebih baik aku berhenti.

"Bos boleh cari orang baru yang lebih baik daripada aku," luahnya di Thread.

Difahamkan wanita itu nekad untuk menamatkan perkhidmatannya sebelum sempat syarikat mengagihkan bonus tahunan yang ditunggu-tunggu setiap pekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Nekad resign demi ketenangan diri, besarkan anak-anak... Ahli keluarga ‘terlebih risau’, sibuk share jawatan kosong sampai naik rimas!

ARTIKEL BERKAITAN: Makcik ‘alergi’ dengar kerja kilang, terus pandang rendah macam tiada ‘kelas’! Bangga canang anak sendiri jadi supervisor

Hal itu mengundang rasa pelik dalam kalangan rakan sekerja termasuk majikannya yang turut mempersoalkan mengapa dia membuat keputusan berkenaan.

"Ramai juga tanya kenapa tak tunggu bonus. Kalau anda nak tahu, disebabkan alasan tunggu bonus itulah yang buat aku tak letak jawatan," jelasnya.

  • Wanita ini lepaskan kerjaya idaman kerana prestasi kerja menurun.
  • Perletakan jawatan dibuat sebelum syarikat agihkan bonus, menimbulkan persoalan ramai.
  • Majikan dan warganet menyoal keputusan berhenti tanpa tunggu bonus.
  • Dia menenangkan diri, yakin ada rezeki lain menanti.
  • Netizen kongsi pengalaman sama, tekankan kesihatan mental lebih utama daripada bonus.

Sungguhpun berat, pengadu yakin pasti ada rezeki lain untuknya suatu hari nanti.

Wanita ini turut berkongsi tangkap layar mesej yang diterimanya daripada majikan selepas menghantar surat peletakan jawatan.

Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing. 

Hantaran dibuatnya mendapat pelbagai reaksi termasuk perkongsian pengalaman daripada warganet yang pernah berdepan situasi sama.

"Kesihatan mental aku menangis... namun bonus tidak lagi dapat mengubatinya.

"Saya pun berhenti tanpa tunggu bonus. Tapi apakan daya kesihatan mental tak boleh tunggu lama.

"Tak perlu tunggu bonus kalau tawaran yang dapat lebih baik dan boleh cover bonus.

"Saya dulu pun berhenti tak tunggu bonus tapi rezeki tu milik Allah, tiba-tiba pula dapat WhatsApp daripada bekas jabatan sumber manusia yang kita layak dapat bonus," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain