suria

Rakan ‘tekan’ bayar segera saman RM300, buat-buat lupa hutang lama RM500 belum langsai - “Dia macam ‘tersakiti’ sangat”

Kita sewajarnya bertanggungjawab jika kereta yang dipinjam mengalami kerosakan. -Gambar hiasan AI

DALAM soal hutang, tidak kira besar atau kecil jumlahnya, apa yang paling penting adalah tanggungjawab untuk melunaskannya.

Namun tidak dinafikan, ramai yang berdepan dilema apabila penghutang merupakan individu terdekat, sebagaimana kisah yang dikongsikan wanita ini. 

Menurutnya, kejadian bermula apabila kenalan rapat tanpa sengaja mencalarkan kereta miliknya, dengan kos membaikinya dianggarkan sekitar RM500.

Melunaskan hutang merupakan kewajipan dalam Islam bagi sesiapa yang berhutang. -Gambar hiasan

"Kenalan terdekat calarkan kereta, total damage dalam RM500. Kita tak pernah push dia bayar," tulisnya dalam perkongsian berkenaan sambil menambah, insiden tersebut berlaku kira-kira dua tahun lalu.

Bagaimanapun ujar wanita tersebut, satu kejadian yang berlaku beberapa bulan lalu membuatkan dia sedar mengenai sikap sebenar kenalannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak kena temberang! Mak ayah rayu buat ‘personal loan’ nak langsai hutang, rupanya mahu biaya kenduri adik

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji tinggal RM100, banyak hutang... Suami tetap ragu-ragu izin isteri kerja, risau komitmen baharu pula muncul

"Sampailah Julai tahun 2025 ni kita pinjam kereta dia, kena saman AES (kamera penguatkuasaan automatik) RM300. 

"Dia push bayar bukan main," tulisnya lagi.

Tambah wanita itu lagi, dia memutuskan untuk menjelaskan saman berkenaan kerana mempunyai pendirian berbeza mengenai hutang jika dibandingkan dengan rakannya.

Bagaimanapun dia mengaku kecewa dengan sikap kenalannya sekali gus mengingatkan tentang hutang lama yang masih belum dilunaskan. 

  • Seorang wanita kongsi kisah kenalan rapat pernah mencalarkan keretanya dengan nilai kerosakan sekitar RM500.

  • Wanita itu tak pernah desak kenalannya bayar ganti rugi tersebut walau kejadian sudah dua tahun berlalu.

  • Namun beberapa bulan lalu, dia dipaksa membayar saman AES RM300 selepas meminjam kereta kenalannya.

  • Berasa tidak adil, wanita itu mengingatkan kenalannya tentang hutang lama yang masih belum dijelaskan.

  • Perkongsian itu mencetus perdebatan netizen, ada yang sokong tindakannya tuntut hutang dan ada yang menyalahkannya kerana membayar saman tersebut.

"Salah ke eh? Tu kira ungkit ke atau macam mana? Sebab dia macam 'tersakiti' sangat,” tulisnya.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya, namun rata-ratanya menyokong tindakan wanita berkenaan kerana berpendapat dia hanya menuntut keadilan selepas bersabar selama bertahun-tahun.

Namun tidak kurang juga yang berpendapat wanita tersebut sepatutnya 'membalas kembali' dengan membiarkan sahaja saman berkenaan dan tidak perlu menjelaskannya sehingga hutangnya dilunaskan.

Sebahagian daripada komen netizen.

"RM500 dan tahun 2023, simple sis, hantar writ saman tuntutan kecil.

"Kenapa bayar? Kenapa tak tolak saja hutang tu?

"Salah sendiri tak minta masa 2023 dulu. Patut tanya je, tak nak ke bayar? Ulang-ulang je sampai dia bayar atau tak kawan dengan awak. 

"Lantaklah dia, nak suruh bayar duit saman boleh tapi bayar dulu RM500 untuk calarkan kereta," antara komen netizen. 

Artikel Lain