suria

Pemuda anggap wanita cuma pandai mengarah, suruh 'upgrade' gaji demi hidup senang... Tak faham penat lelaki

Kebanyakan lelaki berusaha keras demi membahagiakan isteri dan anak-anak. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak khususnya wanita tidak memahami tekanan hidup golongan lelaki berpendapatan rendah.

Lelaki tersebut berkongsi realiti kehidupan apabila ada sebahagian daripada mereka yang bekerja 12 jam sehari, enam hari seminggu.

Jelasnya, golongan ini bukannya tidak ingin mengubah kehidupan kepada lebih baik tetapi perkara ini juga berkait rapat dengan nasib serta ketentuan.

Penting mencari pasangan yang memahami. -Gambar hiasan AIPenting mencari pasangan yang memahami. -Gambar hiasan AI

"Sedih, jadi lelaki. Perempuan tidak akan pernah faham, kalau gaji RM2,500 dia suruh kita upgrade, tambah income, sedangkan gaji itu selepas kerja 12 jam, enam hari.

"Penat sangat, nak tambah buat second job, buat Grab, dalam tubuh penat? InsyaAllah, sampai ajal dulu, sebelum sampai rezeki," luahnya, kecewa.

ARTIKEL BERKAITAN: Graduan ijazah hilang semangat cari rezeki di Kelantan… Disuruh kerja 6 hari seminggu dengan gaji asas RM1,700 sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji tinggal RM100, banyak hutang... Suami tetap ragu-ragu izin isteri kerja, risau komitmen baharu pula muncul

Tambahnya, ramai lelaki sudah bekerja berpuluh tahun, namun masih berada pada tahap gaji minimum dan tidak semua mampu mencapai kemewahan seperti yang diimpikan wanita.

"Ada minta upgrade sampai jadi kaya, sedangkan realiti berapa ramai dapat upgrade. Ramai dekat luar sana kerja 10 tahun, 20 tahun, gaji minima saja," katanya.

Dia turut menyindir sikap wanita yang menurutnya suka bercakap tanpa memahami susah payah kehidupan lelaki bekerja keras.

  • Lelaki kecewa wanita tak faham tekanan hidup lelaki bergaji rendah.
  • Katanya, bekerja 12 jam sehari, enam hari seminggu sudah cukup meletihkan.
  • Ramai lelaki bekerja puluhan tahun namun masih pada tahap gaji minimum.
  • Netizen wanita balas, “Upgrade bukan tambah kerja, tapi cari peluang lebih baik.”
  • Ada juga nasihat supaya lelaki pilih pasangan yang mampu terima dirinya seadanya.

"Banyak juga jumpa perempuan cakap sedap mulut macam semua benda mudah, tapi itu la kita boleh buat apa?

"Cuma harap dijauhkan dari perempuan sebegitu, jelas tiada sifat Qanaah (berpada dengan rezeki)," katanya.

Reaksi warga mayaReaksi warga maya

Pandangan lelaki itu bagaimanapun tidak dipersetujui golongan wanita yang beranggapan mereka mahu melihat lelaki mendapat pekerjaan yang lebih baik.

"Kalau tak nak buat second job, pergi la tukar kerja lain. Itu pun sejenis upgrade juga. Ada berjuta cara nak upgrade income tanpa perlu bekerja keras.

"Upgrade bukan maksud tambah kerja, sebaliknya cari peluang kerja yang lebih baik," antara komen netizen.

Namun ada juga berpendapat, lelaki seharusnya mencari wanita yang boleh menerima diri mereka seadanya bagi mengelakkan rasa terbeban.

"Carilah yang sekufu. Dunia sekarang, banyak perempuan dari lelaki. Kalau rasa sekarang demand melebihi kemampuan diri, cari yang baru.

"Cari yang biasa-biasa je, yang kena dengan gaji kita. Jadi lelaki ni kita kena sedar diri," katanya. 

 

Artikel Lain