suria

Graduan ijazah hilang semangat cari rezeki di Kelantan… Disuruh kerja 6 hari seminggu dengan gaji asas RM1,700 sebulan

Ramai anak muda terbeban dengan gaji rendah meskipun mempunyai kelulusan akademik tinggi. -Gambar hiasan AI

SEORANG graduan meluahkan rasa bimbang untuk bekerja di Kelantan selepas mendakwa kadar gaji di negeri itu terlalu rendah berbanding beban kerja yang diterima.

Ujar pengadu yang merupakan seorang wanita, kebanyakan majikan menawarkan gaji asas sekitar RM1,700 meskipun pemohon berkelulusan ijazah.

Dakwanya lagi, dia juga perlu bekerja enam hari seminggu dengan jadual penuh.

Harga makanan di kawasan luar bandar juga mahal. -Gambar hiasan AI

"Trauma sangat nak kerja dekat Kelantan. Job opportunities kurang. 

"Kerja enam hari seminggu full days. Gaji asas RM1,700 walaupun ada degree," luahnya di Thread.

Bukan itu sahaja, wanita ini turut membandingkan kos sara hidupnya sepanjang tempoh bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Pergi kedai Kelantan, isteri lihat sendiri pelayan tersengih dan menggeletis layan suami! Patutlah hari-hari tapau sarapan

ARTIKEL BERKAITAN: Anak rantau sedih tabiat orang Kelantan di takuk lama... Sampah merata, kedai makan kotor! - “Muka lawa-lawa tapi tandas tak jaga”

Menurutnya, perbelanjaan bulanan tidak jauh berbeza dengan Kuala Lumpur meskipun Kelantan berada di kawasan luar bandar.

"Barang kat Kelantan tak murah pun, sama je dengan Kuala Lumpur.

  • Graduan luah trauma kerja di Kelantan sebab gaji terlalu rendah.
  • Dakwa gaji asas cuma RM1,700 walaupun ada ijazah.
  • Kerja enam hari seminggu dengan jadual penuh.
  • Katanya kos sara hidup sama saja macam Kuala Lumpur.
  • Netizen setuju, isu gaji rendah luar Lembah Klang masih membimbangkan.

"Rakyat Kelantan sepatutnya terima apabila orang kata negeri mundur sebab employability dan gaji tu menyakitkan hati," tambahnya dalam nada kecewa.

Hingga kini perkongsian tersebut mendapat lebih 1,700 tanda suka dan ratusan komen.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Sebahagian pengguna media sosial bersetuju bahawa gaji rendah di beberapa negeri luar Lembah Klang masih menjadi isu utama yang membantutkan semangat graduan untuk bekerja di tempat sendiri.

"Sabah pun sama, kemudian harga rumah pun mahal. Kalau nak tahu, gaji pekerja pembersihan pun dah RM1,700.

"Memang mundur, tak ada siapa nafikan sebab saya anak jati Kelantan dan sudah lama merantau," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain