MASALAH suami kedekut atau culas tanggungjawab sering berlaku dalam rumah tangga, lebih-lebih lagi jika si isteri bekerja.
Begitulah situasi yang dialami wanita ini apabila suaminya enggan membayar bil makanan walaupun dia yang mengajak makan di luar.
Menurut wanita berkenaan, dia sebenarnya sudah menyediakan makanan di rumah namun suaminya berkeras mahu makan di luar kerana kurang berselera dengan hidangan yang disediakan.

Suami perlu menghargai segala penat lelah isteri. -Gambar hiasan AI
Apa yang membuatkan wanita berkenaan terkilan apabila suaminya menggunakan helah untuk mengelak daripada membayar bil makan.
"Berjaya tolak untuk bayar makan hari ni. Habis makan, dia cakap nak pinjam telefon saya. Bila tanya kenapa, dia bisik dekat saya cakap 'nak bayar' (QR atau pindahan wang).
"Saya serik menganggung suami, jadi saya geleng. Saya cakap makan pakai saya, awak yang perlu tanggung.
ARTIKEL BERKAITAN: Dulu korban karier demi jaga anak, kini rasa nak 'gila' duduk rumah! Wanita pernah bekerja 'rindu' masuk ofis tapi majikan sukar terima
ARTIKEL BERKAITAN: Mohon EL sebab anak sakit, bos zalim suruh pilih kerjaya atau dipecat! Wanita putuskan jaga 'maruah seorang ibu'
"Kalau awak tak nak keluarkan duit, saya panggil ayah saya bayarkan," cerita wanita itu mengenai tindakannya.
Kisah itu menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang rata-ratanya mempersoalkan sikap suaminya yang disifatkan tidak bertanggungjawab.
"Dah masak tak nak makan, ajak makan luar tak nak bayar pula. Awak manjakan sangat tu yang pijak kepala. Lepas ni biar je lapar.
"Aku peliklah, ada juga perempuan terlalu pemurah pada jantan biawak hidup. Sebab tu mereka takkan insaf dan selagi boleh kikis duit bini.
- Suami ajak makan luar walau makanan dah ada di rumah tapi enggan bayar.
- Lepas makan minta pinjam telefon isteri, dipercayai nak bayar guna QR atau pindahan wang 'online'.
- Isteri halang, ugut panggil ayah bayarkan makan.
- Netizen kecam suami tak bertanggungjawab, kata isteri terlalu manjakan pasangan.
- Isteri tetap sabar, berharap suami berubah dan dia pula ditanggung.
"Hairan aku lelaki minta duit isteri ni. Lelaki yang ada maruah takkan sesekali nak minta, kecuali isteri yang rela belanja," komen beberapa netizen.
Namun, wanita itu tampil memberi respon tenang terhadap kritikan serta teguran yang diterima berkaitan suaminya.
Jelasnya, dia tidak melihat penceraian atau berpisah sebagai satu penyelesaian bagi masalah dihadapi dalam rumah tangganya.

Komen netizen.
"Ramai cakap redflag, bela biawak dan suruh refund. Saya sedikit terhibur tapi bercerai atau berpisah ni takut saya nak sebut.
"Selagi saya nampak perubahan diri dia, selagi tu saya bahagia. Betul, banyak saya tanggung dia. Ya, serik. Mungkin sebab saya cepat simpati.
"Gaji saya lebih daripada dia, itu saya tutup mata dan bantu dia. Tapi saya nak dia berubah. Saya pun nak jadi lebih feminin dan ditanggung pula. Doakan kami," jelasnya.


